Pada semester
Januari 2013, PSSCM UTP telah mengadakan Majlis Demonstrasi dan Penerangan sempena pengambilan ahli baru UTP 27. Tujuan utama
majlis tersebut diadakan tidak lain tidak bukan ialah untuk membuat pengambilan
ahli baru PSSCM kelas UTP 27. Tujuan lain ialah untuk memperkenalkan PSSCM UTP
sebagai salah satu seni mempertahankan diri yang ada di UTP serta untuk
menerangkan PSSCM dengan lebih lanjut lagi.
Program yang telah di ketuai
oleh saudara Muhammad Hafiz Aiman Bin Zulfikri Halim ini mengandungi tiga sesi iaitu
pembukaan booth pameran , Malam Demonstrasi dan Demonstrasi ringkas. Program
ini telah berlangsung selama lapan hari dalam lima minggu dan ini merupakan
salah satu majlis yang sangat penting bagi pihak PSSCM UTP untuk menarik
ahli-ahli baru menyertai PSSCM UTP.
Booth pameran telah diadakan di
foyer Pocket D serta di kafe UTP berdekatan dengan Bank CIMB bertujuan untuk
mempromosikan Silat Cekak berdasarkan sejarah , kaedah pembelajaran , isu
semasa serta memperkenalkan sebahagian aktiviti yang telah dilakukan oleh PSSCM
UTP kepada seluruh warga UTP.
Sementara itu, Malam demonstrasi
telah diadakan untuk mempamerkan Silat Cekak dari segi teori dan praktikal
kepada seluruh warga UTP khasnya kepada pelajar baru semester januari 2013. Malam
demonstrasi ringkas pula ialah demonstrasi iringan, yang diadakan untuk
memperkenalkan PSSCM UTP kepada pelajar baru yang tidak dapat hadir pada malam
demonstrasi yang pertama. Terdapat juga demonstrasi jemputan sempena Minggu
Mesra Kampus (MMK), yang berlangsung di Pocket D.
Berikut adalah gambar-gambar semasa program berlangsung.
Demonstrasi di V2 (Wanita)
Malam Demonstrasi di Perkarangan V6(Lelaki)
Demo sempena MMK
Demonstrasi Iringan
0 komen:
Post a Comment