Showing posts with label Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Kebangsaan. Show all posts

Majlis Konvokesyen PSSCM ke-29 dan Perkhemahan Perdana PSCCM Se-Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Aktiviti PSSCM di peringkat kebangsaan diteruskan lagi dengan majlis Konvokesyen PSSCM Ke-29 Zon Timur yang diadakan pada 23 November 2013 bersamaan 19 Muharam 1435H bertempat di Grand Hall,Office Of The Campus Director, UIAM Kuantan.

Seramai 28 orang ahli PSSCMUTP telah  menghadiri majlis ini. Majlis dimulakan dengan ketibaan YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama PSSCM dan YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, Rektor UIAM Kuantan.




Antara ahli-ahli PSSCM UTP yang menerima sijil

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Guru Utama PSSCM, YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah dan diakhiri dengan ucapan dan perasmian daripada YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, rector UIAM Kuantan. Penyerahan watikah dan penyampaian sijil menjadi agenda seterusnya sebelum majlis menjemput para hadirin untuk menjamu selera. Seramai 20 orang ahli dari UTP telah memperoleh sijil dan 5 orang daripadanya  telah berjaya mendapat pangkat Kepujian. Jumlah peserta yang menerima sijil pada majlis Konvokesyen kali ini adalah seramai 372 orang.

Ahli-ahli PSSCM UTP dan UiTM Perak bergambar bersama YDP Cawangan Perak, En. Abdul Halim bin Saad

Pada sebelah petang, majlis diteruskan dengan Perkhemahan Perdana PSSCM Se-Malaysia, bertempat di Pantai Balok, Kuantan, Pahang. Kedua-dua acara yang diadakan di negeri Pahang ini adalah sempena menyambut 48 tahun PSSCM, 35 tahun PSSCM Cawangan Pahang dan 25 tahun PSSCM Cawangan Terengganu.


Ahli-ahli bersantai di Pantai Balok, Kuantan, Pahang

 Pada sebelah malam, telah diadakan Majlis Makan Malam yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mohd Johari Bin Hj Mohd Hussain Pengerusi JK Belia & Sukan Negeri Pahang mewakili YAB Datuk Seri Diraja Hj Adnan Bin Hj Yaakob Menteri Besar Pahang. Pada malam tersebut juga telah ditayangkan video-video dokumentari dan persembahan demonstrasi oleh ahli-ahli PSSCM Cawangan Terengganu dan diakhiri dengan nyanyian lagu Warisan Mutlak. 


Sebahagian Ahli-ahli PSSCM UTP di Majlis Makan Malam
Perkhemahan tersebut telah berakhir pada hari Ahad, 24 November bersamaan 20 Muharam. Diharapkan segala objektif telah tercapai melalui perkhemahan tersebut agar semua ahli mendapat manfaat sedikit sebanyak dari perkhemahan tersebut. 

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah menerima sijil pada majlis konvokesyen pada kali ini. Diharap anda semua terus aktif di dalam persatuan agar misi dan visi PSSCM tercapai.

Sekian, Terima Kasih.

Lain-lain gambar boleh dilayari di pautan ini:

https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.398248586973236&type=1

https://www.facebook.com/zainolnasri91/media_set?set=a.639261762787386.1073741841.100001107049303&type=1






Himpunan Siap Siaga PSSCM Sempena Majlis Perasmian Dewan Datuk Haji Maideen

      12 Rabiulawal merupakan tarikh yang istimewa bagi umat Islam. Tarikh di mana rahmat teragung diberikan Allah S.W.T kepada seluruh umat Islam, iaitu tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kedatangannya ditunggu-tunggu dalam menyatu-padukan kembali umat Islam yang semakin menurun akhlaknya ketika itu. Atas jasa dan pengorbanan Baginda, serta rasa untuk menyemaikan rasa cinta dan rindu kepada Baginda, wajarlah kita sebagai umatnya berselawat dan memuji-muji Nabi Muhammad S.A.W. Majlis berselawat, berzanji, marhaban adalah alternatif yang sesuai dalam usaha untuk mengingati Baginda.

      Pada tahun ini, sambutan Maulidur Rasul PSSCM begitu istimewa sekali. Sambutan pada tahun ini melibatkan semua Cawangan PSSCM seluruh negara, berbanding tahun-tahun sebelum ini yang melibatkan sambutan di peringkat cawangan sahaja. Istimewanya pada tahun ini, PSSCM telah mempunyai dewan yang tersendiri, setelah mempunyai bangunan yang tersendiri, setelah 48 tahun dilahirkan ke alam nyata. Dewan ini yang dinamakan Dewan Datuk Haji Maideen, sempena YM Guru Utama PSSCM, menjadi lambang atas kejayaan PSSCM dalam usaha untuk memartabatkan bangsa Melayu.

      Perhimpunan Siap Siaga telah diwar-warkan di kaca televisyen menerusi slot Malaysia Hari Ini di TV3. Laporan mengenai program itu boleh dibaca di sini. Tidak dilupakan juga juga doa dan harapan untuk rakyat Palestin, yang boleh dibaca di link ini.

      Tarikh 12 Rabiulawwal 1434 bersamaan dengan 24 Januari 2013 merupakan tarikh yang bersejarah bagi semua ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia menyambut Maulidur Rasul dan menghadiri Perhimpunan Siap Siaga serta menyaksikan perasmian Dewan Datuk Haji Maideen yang telah berlangsung di Dewan Datuk Haji Maideen di Seremban , Negeri Sembilan. Majlis yang julung kali diadakan itu merupakan wadah bagi mengeratkan ikatan silaturahim diantara ahli-ahli Silat Cekak selari dengan slogan PSSCM , Bersama dan Bersatu.
      
      Tepat jam 8 pagi, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Dewan Datuk Haji Maideen. Majlis tersebut telah diadakan tidak lain tidak bukan bagi membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W., seorang kekasih Allah SWT yang telah berjuang menegakkan agama Islam ke seluruh dunia. Majlis tersebut berlangsung dengan berzanji , berselawat serta ceramah.

      Pada jam 2 petang,pula telah berlangsung Perhimpunan Siap Siaga serta Majlis perasmian Dewan Datuk Haji Maideen. Turut hadir ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, YB Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim serta Ketua Setiausaha kementerian , Datuk Seri Kamaruddin Siaraf. Majlis berlangsung dengan ucapan dasar daripada YM Guru Utama PSSCM , Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah diikuti dengan penyampaian ucapan perasmian oleh YB Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim dengan lantang dan penuh bersemangat. Dalam ucapan perasmian itu , YB Menteri telah menjanjikan sumbangan dari KPKK kepada PSSCM sebanyak RM 500 000. YB Menteri juga telah menyerahkan15 unit netbook 1Malaysia kepada ketua-ketua cawangan negeri diikuti dengan penyerahan cek bantuan pentadbiran sebanyak RM 30 000. Dewan Datuk Haji Maideen dirasmikan dengan paluan gong oleh YB Menteri serta pemotongan riben pelan pembangunan fasa 2 Kompleks PSSCM.

Beberapa ahli PSSCM UTP ketika hari kejadian

Sementara menunggu ketibaan VIP

      Dianggarkan seramai 2500 ahli PSSCM dari seluruh negara telah hadir dalam majlis yang telah berlangsung dari pagi hingga petang itu. Majlis tersebut juga menunjukkan bahawa PSSCM telah berjaya mengorak langkah ke satu tahap yang lebih tinggi serta memperlihatkan bahawa usaha-usaha yang telah dilakukan oleh ahlinya bagi memartabatkan seni silat cekak bukanlah usaha yang sia-sia. Semoga kejayaan demi kejayaan bakal dikecapi oleh PSSCM bagi memartabatkan seni silat cekak setaraf dengan seni mempertahankan diri antarabagsa yang lain.



Bergambar kenangan di pentas utama

Berikut adalah laman web rasmi memaparkan laporan mengenai program tersebut.

1. Laman web rasmi PSSCM
http://www.silatcekak.org.my/index.php/informasi/terkini/255-lebih-2500-ahli-jayakan-himpunan-siap-siaga-psscm.html

2. Portal Rasmi Kementerian Penerangan
http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=6141%3A2013-01-25-01-10-21&catid=16%3Acover-flow&lang=bm

3. Laporan berita di RTM TV1
http://www.youtube.com/watch?v=PGIExTjKz34&feature=youtu.be

4. Malaysia Hari Ini 25 jan 2013 - Himpunan Siap Siaga PSSCM
http://www.youtube.com/watch?v=Gx3HdB_F2ws&feature=youtu.be

5. Laporan berita daripada Bernama
http://www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=924046

Konvekesyen PSSCM Zon Utara 2012

   Majlis Konvokesyen PSSCM Zon Utara pada tahun 2012 telah berlangsung di Universiti Teknologi Petronas pada tanggal 15 Disember 2012 bersamaan 1 Safar 1434H. Majlis tersebut bertempat di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas, iaitu dewan yang sama yang digunakan pada Sambutan Hari Tenaga Pengajar 1433H, pada tahun 2011 dan telah dirasmikan oleh YM Guru Utama PSSCM, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah.

   Istiadat Penyampaian Sijil Silat Cekak berlangsung pada sesi pagi. Seramai 17 ahli PSSCM UTP menerima Sijil Rendah dan dua daripadanya adalah penerima Sijil (Kepujian). Mereka adalah Mohamad Khairul Zulfadly Bin Mohd Izham, daripada kelas UTP 20 dan Nur Asiah Binti Mohd Fauzi, daripada kelas UTP 23. Sesi pagi berlangsung dengan penuh istiadat sama seperti majlis konvekesyen universiti lain di seluruh dunia. Ini menunjukkan kejayaan dan standard yang telah dicapai PSSCM sepanjang 47 tahun dilahirkan ke alam nyata.

Sebahagian daripada penerima sijil daripada PSSCM UTP. Tahniah diucapkan.


   Sesi petang diteruskan lagi dengan Seminar Silat Cekak Dalam Transformasi Pendidikan Negara. Panel seminar tersebut terdiri daripada individu-individu yang arif dan berpengalaman luas dalam tajuk seminar tersebut. Panel pertama adalah Tuan Hj. Mohamad Noor Rosli B. Baharom, Timabalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, merangkap Penasihat 1 PSSCM UTP. Panel kedua adalah Dr. Roziah Bt. Abdullah, dan panel ketiga adalah Prof. Madya. Ar. Dr. Hj. Abdul Majid B. Ismail, Naib Presiden PSSCM.

   Ucapan tahniah ditujukan kepada mereka yang telah berjaya melepasi ujian sijil rendah PSSCM pada tahun 2012. Perjalanan mereka boleh dibaca di sini.. AJK Penggerak telah melaksanakan tugas dengan baik sepanjang program. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua individu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Laporan penuh boleh didapati di sini:


Perjalanan Skuad KWD UTP dari awal hingga akhir...

Tanggal 21 Disember 2011, skuad KWD UTP bagi menjalani latihan dan persiapan sebelum hari pertandingan menjelang tiba. Sekali pun tidak semua peserta KWD dan pengurus melaporkan diri, namun latihan yang keras dan kuat tetap dijalankan dengan penuh semangat (ayat melampau..padahal training tak seberapa..)

Sedang memikirkan strategi dan formasi...kat tongkat tu ada jawapan agaknye..



Nak berlatih ke nak bergambor...


Team Demo Intake turut berlatih bersama Team KWD...
(mereka ini merupakan barisan pelapis bagi tahun hadapan.sempat lagi nak kurus..)


Santai di tepi tasik...



Sedang menunggu latihan nak habis..

Setelah dalam sebulan berlatih, Pra KWD bagi kontinjen Perak telah diadakan di UTP. Persembahan bagi setiap kontinjen amat memuaskan iaitu pasukan daripada UiTM Perak, Kolej Islam Darul Ridzuan dan juga UTP sendiri. Pra KWD tersebut telah diadakan pada 7 Februari 2012. Hari yang dinanti-nantikan semakin mengunjung tiba. Pada jam 8.30 pagi 10 Februari 2012, skuad KWD UTP sudah mula keluar dari bilik dan berkumpul di kafeteria V2.  Bas bertolak pada jam 10 pagi dan selamat tiba di UKM pada jam 2.30 petang.


Inilah bas yang membawa pesilat-pesilat dari UTP dan juga KISDAR..


Masing-masing melelapkan mata dan menenangkan jiwa..
(janganla stres kawan2...)


dua orang sahabat sejati...


Para penyokong dari UTP turut hadir ke UKM demi memberi sokongan pada kontinjen Perak..


Pasukan daripada UiTM Perak sudah sampai..
(macam kenal abang ensem baju putih tu..)


Wajah ketua krew pengambaran JP PSSCM UTP di UKM..



Nice smile guys...


Jaket yang dipinjamkan oleh pihak pengurusan UTP kepada Ahli Skuad KWD UTP...


Nazrin and the gang...


"Kali ni aku nak sepasang emas lagi"
ayat insan yang masyhur dengan gelaran 'legend' abg Daus...


Boleh menang ke bro?


Skuad KWD UTP pada pagi hari pertandingan...


Peserta dari seluruh IPT satu Malaysia sedang berhimpun sebelum pertandingan dimulakan...


Team UTP yang bergaya dengan jaket mereka..

Pelbagai onak dan ranjau berduri telah dilalui oleh pasukan KWD UTP baik lelaki mahupun wanita. Dalam perjalanan pasti ada halangan yang harus ditempuhi (kalau nak crite tentang hal tacing tu memang dah biase sangat...). Namun skuad KWD UTP tetap tabah menghadapi semuanya. Pesan guru 'bila kita bersatu, tuhan beserta' sentiasa menjadi ingatan buat semua ahli skuad. Akhirnya, berkat hasil usaha dan kebersatuan dalam pasukan, Skuad KWD Lelaki UTP berjaya mendapat pingat emas kategori 2, 3 dan 4 seterusnya menjadi Juara Kesuluruhan KWD IPT PSSCM 1 Malaysia kali ke-5. Bagi skuad wanita pula, mereka berjaya mendapat Naib Juara Keseluruhan.



TAHNIAH SEMUA!!!





Lagi Kes Jenayah Membabitkan Wanita!!!

Dibawah ini ada artikel yang telah saya petik daripada akhbar Berita Harian (11 Januari 2012) tentang kes jenayah yang semakin menjadi-jadi. Mangsa adalah wanita dan lebih malang lagi beliau disyaki telah dibunuh oleh kenalan sendiri iaitu teman lelaki (biase dalam sms kite panggil sebagai 'bf' singkatan bagi 'boifren'. Kepada wanita di luar sana amnya dan ahli wanita PSSCM khususnya, sentiasa beringat dan berhati-hati. Cuti ni rajin-rajinlah buat latihan tangan dan kaki. Mudah-mudahan tuhan memberkati usaha yang dilakukan dan memberi kita keselamatan. Lagi satu jangan tak pergi kelas silat. Itupun salah satu usaha untuk kita selamat. Doa tanpa usaha tu agak sia-sia.


Teman lelaki kerani bank kes mati 15 tikaman dihadapkan ke mahkamah


SELAYANG: Teman lelaki kepada kerani bank wanita yang mati dengan 15 kesan tikaman di badan dihadapkan bersama rakannya di Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan membunuh di rumah sewa mangsa, bulan lalu. 

Tertuduh yang juga teman lelaki mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan, Muhammad Faizul Mohd Ali, 27, dan penganggur, Muhammad Zal Haziq Razali, 23, dituduh dengan niat bersama membunuh Rozana Mohd Yusak, 36, di premis Nombor B-01-15F Jalan Puncak Desa 2, Kepong, di sini, antara jam 12 tengah malam hingga 1.15 pagi, 21 Disember 2011.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan di depan Majistret Mohd Isa Md Nor, tetapi kedua-dua tertuduh mengangguk faham apabila pertuduhan terhadap mereka dibacakan. 

Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Hamzah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam dan memohon tarikh sebutan bagi mendapatkan izin memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. 

Mohd Isa kemudian menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi dikemukakan bersama laporan forensik, kimia dan laporan bedah siasat. 

Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM di Universiti Teknologi PETRONAS

Pada hari Ahad bersamaan 27 November 2011 / 1 Muharram 1433 H  yang lalu telah diadakan Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM yang mana dianjurkan pada setiap 1 Muharram bagi tahun Hijrah. Sambutan Hari Tenga Pengajar (SHTP) pada tahun ini telah dilangsungkan di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dengan penuh jayanya. Seawal jam 11 malam pada hari Sabtu AJK-AJK bagi SHTP telah mula menerima kedatangan para tetamu
Persiapan yang dilakukan diatas pentas Dewan Canselor UTP

Rekaan Backdrop yang direka oleh AJK Teknikal Program dan dugunapakai sewaktu SHTP. 




AJK-AJK berkumpul selepas program.


Para Hulubalang yang mengiringi Perarakan Utama masuk ke dewan.

Timbalan Naib Canselor UTP dan juga Penasihat 1 PSSCM UTP menjadi Perasmi bagi SHTP tiba di
perkaeangan Dewan Canselor UTP.


 Seawal jam 11 malam pada hari Sabtu AJK-AJK bagi SHTP telah mula menerima kedatangan para tetamu
Ketibaan YMGU Datuk haji Maideen bin Kadir Shah di perkarangan Dewan Canselor UTP.

YMGU Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah mengetuai majlis Berzanji, Marhaban, Qasidah Burdah dan Berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.



Pembesar-pembesar, AJK-AJK Pusat dan YDP-YDP cawangan duduk diatas pentas pada sesi petang.

Keadaan ditempat duduk barisan Tenaga Pengajar PSSCM sewaktu majlis berlangsung.

       
PERJALANAN MAJLIS SAMBUTAN HARI TENAGA PENGAJAR PSSCM.

Majlis bermula pada jam 7 pagi dengan kehadiran Para Tenaga Pengajar masuk ke Dewan Canselor UTP dimana tempat berlangsungnya SHTP. Pengacara Majlis pada sesi pagi hari tersebut merupakan mantan Presiden PSSCM UTP iaitu saudara Muhammad Khairi bin Roslim. Pada jam 9 pagi, perarakan utama yang membawa Guru Utama PSSCM iaitu Y.M. Datuk haji Maideen bin Kadir Shah masuk ke dalam dewan diiringi Pembesar-Pembesar Cekak dan Para Hulubalang. Upacara pada pagi 1 Muharram yang mulia itu telah dimulakan dengan berzanji, marhaban dan qasidah burdah. Perasmi untuk SHTP merupakan Naib Canselor UTP yang juga merupakan penasihat PSSCM UTP yang telah banyak membantu pergerakan PSSCM UTP sepanjang di bumi UTP ini. Upacara pada sesi pagi berakhir pada jam 12.30 tengahari dan disambung pula pada jam 2 petang yang mana sesi petang ini diambil alih oleh Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) PSSCM. Majlis Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM berakhir pada jam 6.15 petang. Majlis SHTP telah berjalan dengan baik hasil kerjasama dalam kalangan AJK Penggerak SHTP. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha melancarkan Majlis Sambutan Hari Tenaga pengajar PSSCM pada 1 Muharram 1433 H.

Ujian Sijil Rendah PSSCM Kelas Latihan Ibu Pejabat Negeri Perak kali ke-2

Pada 1 dan 2 April 2011, telah dilaksanakan Ujian Sijil Rendah PSSCM Kelas Latihan Ibu Pejabat Negeri Perak di Universiti Teknologi PETRONAS. Beberapa orang pelajar UTP telah menyertai ujian tersebut. Mereka ialah Muhammad Syafiq Afandi, Muhammad Syamim, Muhammad Haidir, Mohd Azhan, Hanis Syafiqah Izzatie (Fifie), Safwan Salam, dan Muhammad Zakirin (Zack). Ujian teori telah diadakan di Test Room Blcok N pada 1 April 2011 jam 9 malam. Keesokkannya pada 2 April 2011, diadakn ujian praktikal bertempat di dewan badminton UTP. Ujian Sijil Rendah ini juga turut disertai oleh ahli-ahli dari beberapa kelas latihan PSSCM iaitu dari kelas latihan UiTM Perak, kelas Changkat Lada, kelas latihan Ipoh, kelas latihan SMK Taman Jati, kelas latihan Politeknik Ungku Omar, dan kelas latihan KISDAR. Ujian sijil ini telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama ahli-ahli PSSCM dari seluruh  cawangan Perak. Program itu juga turut dihadiri oleh ahli-ahli PSSCM dari zon utara dan Ibu Pejabat. Diharapkan aktiviti seumpama ini akan merapatkan hubungan antara ahli-ahli PSSCM dari seluruh Negara.




Peserta USR dari UTP