Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Sama ada kita sedar atau tidak, ahli-ahli PSSCM UTP akan menjalani peperiksaan akhir semester tidak lama lagi. Jadi, kami di Jabatan Penerangan PSSCM UTP ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kali ini dengan jayanya.
Pada waktu sekarang, susunlah jadual belajar anda. Sekiranya anda masih lemah dalam sesuatu mata pelajaran, rajin-rajinlah berjumpa denagn pensyarah, atau bertanyakan kepada rakan-rakan yang lebih faham akan subjek tersebut. Cuba buat soalan peperiksaan yang lepas, untuk membiasakan diri dengan bentuk soalan di dewan peperiksaan nanti.
Jangan membazirkan waktu 'study week' yang diebri oleh pihak universiti kepada kita. Sekiranya anda berasa tertekan, carilah medium yang sesuai untuk menenangkan perasaan tersebut seperti bersukan, mendengar muzik dan sebagainya.
Kenanglah semula jasa kedua ibu dan bapa kita yang telah membesarkan kita hingga ke hari ini. Sungguh tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Jangan kita sia-siakan harapan mereka. Tidak lupa juga, rajin-rajinlah berdoa kepada Allah S.W.T. Mudah-mudahan dikurniakan kesihatan yang baik, akal yang cerdas, serta ketenangan hati untuk belajar dan semasa menjawab peperiksaan nanti.
Kepada yang masih belum mengulangkaji, mulakan dari sekarang. Jangan mudah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik pada semseter ini. Akhir kata, semoga berjaya kami ucapkan. Kalau bukan kita yang mampu dan akan mengubah nasib kita kepada yang labih baik, siapa lagi?
Jangan termenung sahaja sewaktu mengulangkaji. Gambar sekadar hiasan |
0 komen:
Post a Comment