Program Interaksi ke-21 PSSCM UTP



                Setelah berlangsungnya Program Pengambilan Ahli Baru UTP 27 dan Majlis Ijazah, suatu platform diperlukan untuk ahli-ahli baru mengenal ahli-ahli yang sedia ada di dalam PSSCM UTP. Justeru itu, PSSCM UTP telah mengadakan program Interaksi Ke-21, sebagai inisiatif dan pada masa yang sama mengeratkan hubungan antara ahli-ahli yang sedia ada.

                Pada kali ini program yang sangat di tunggu-tunggu oleh setiap ahli PSSCM UTP itu telah di adakan di Marina Chalet and Homestay bertempat di Cameron Highland. Program yang telah diadakan pada 15 hingga 17 Mac itu bukan hanya memfokuskan kepada seni mempertahankan diri melayu. Ahli jawatankuasa penggerak yang diketuai oleh Fazli Bin Jamalluddin bertungkus-lumus untuk memastikan program kali ini berjalan dengan lancar.

                  Majlis perasmian berlangsung pada malam 16 Mac 2013. Tetamu jemputan pada interaksi kali ini adalah Encik Sazarin Bin Sardomo, Ahli Jawatankuasa PSSCM, selaku perasmi pada malam tersebut. Selepas sesi perasmian selesai, agenda diteruskan dengan sesi perkongsian daripada Encik Sazarin sendiri, yang bertajuk 'Silat dan Agama'.

                Tujuan utama  program ini ialah untuk mewujudkan suasana yang sesuai dan selesa diantara ahli-ahli untuk mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan hubungan yang baik di antara ahli-ahli. Ini kerana modul-modul yang dilakukan semasa program memfokuskan kepada pembinaan hubungan yang baik diantara ahli yang baru dan lama. Gelak tawa sering kedengaran sewaktu program berlangsung menunjukkan bahawa ahli-ahli sedang menikmati suasana ceria tatkala melakukan aktiviti yang menarik dan sangat bermanfaat.

                  Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir bagi menjayakan program interaksi pada kali ini. Semoga ukhuwah yang terbina akan terus berkekalan dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa aktiviti berlangsung.






Sekitar Majlis Perasmian



Majlis Penutup


Semoga semua ahli dapat mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain setelah menghadiri program tersebut sekaligus mencapai tujuan dan matlamat sebenar program tersebut diadakan. 





0 komen: