Majlis Bacaan Yassin Hajat Sempena Peperiksaan Akhir Semester Januari 2013


Bersempena dengan kemunculan minggu peperiksaan akhir semester Januari 2013 yang semakin hampir, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi PETRONAS (PSSCM UTP) telah mengadakan majlis Solat Hajat dan Yasin Hajat pada 18 April 2013. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memohon kejayaan yang cemerlang, di samping kesihatan yang baik dan akal yang sihat untuk ahli-ahli persatuan mengahadapi peperiksaan akhir semester kali ini.

Antara ahli yang hadir

Hampir 30 orang ahli PSSCM UTP dan beberapa ahli daripada PSSCM UiTM, termasuk wakil daripada AJK PSSCM  Cawangan Perak, saudara Muhammad Syahmi Bin Hamizol, selaku AJK Pembangunan Insan, telah hadir di masjid lama bagi mengimarahkan majlis tersebut. Majlis telah dimulakan dengan solat sunat hajat yang diimamkan oleh saudara Muhammad Afdhaludden Bin Azmi. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin Hajat yang di ketuai oleh saudara Muhammad Khairi Bin Roslim.


Keitka bacaan doa

Sebelum majlis ditutup, saudara Fakhrul selaku Presiden PSSCM UTP telah memberikan sedikit ucapan dan kata-kata semangat kepada ahli bersermpena pepriksaan akhir semester yang bakal tiba. Majlis diakhiri dengan selawat dan sedikit jamuan.


Ucapan daripada Presiden PSSCM UTP, saudara Nor Fakhrul Bin Mohd Noor

Para ahli sedang menikmati jamuan ringan yang disediakan

Kelas Latihan Terakhir PSSCM UTP Semester Januari 2013

Kelas terakhir PSSCM UTP pada semester Januari 2013 adalah pada 17 April 2013, iaitu seminggu sebelum bermulanya 'study week'. Berikut adalah beberapa gambar menunjukkan suasana kelas terakhir PSSCM UTP.

UTP 27 sedang melakukan latihan

Tenaga Pengajar UTP 26, Muhammad Azfar sedang memberikan tunjuk ajar kepada pelatih

Latihan buah jatuh oleh UTP 25


Sebelum kelas ditangguhkan, ucapan ringkas diberikan oleh Penyelia PSSCM UTP, Encik Abdul Halim Bin Saad. Seterusnya, semua kelas latihan pada malam tersebut ditangguhkan serentak ke semester hadapan. Sesi bergambar seterusnya dilakukan, sebagai tradisi bagi mengakhiri kelas latihan terakhir pada semester kali ini.

Kelas Latihan UTP 27

Kelas Latihan UTP 26

Kelas Latihan UTP 25

Ahli Tamat PSSCM UTP

Sesi bergambar beramai-ramai

Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang telah membantu menjadikan kelas latihan PSSCM UTP pada semester kali ini berlangsung dengan jayanya.

Peperiksaan Akhir Semester Januari 2013


Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Sama ada kita sedar atau tidak, ahli-ahli PSSCM UTP akan menjalani peperiksaan akhir semester tidak lama lagi. Jadi, kami di Jabatan Penerangan PSSCM UTP ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kali ini dengan jayanya. 

Pada waktu sekarang, susunlah jadual belajar anda. Sekiranya anda masih lemah dalam sesuatu mata pelajaran, rajin-rajinlah berjumpa denagn pensyarah, atau bertanyakan kepada rakan-rakan yang lebih faham akan subjek tersebut. Cuba buat soalan peperiksaan yang lepas, untuk membiasakan diri dengan bentuk soalan di dewan peperiksaan nanti.

Jangan membazirkan waktu 'study week' yang diebri oleh pihak universiti kepada kita. Sekiranya anda berasa tertekan, carilah medium yang sesuai untuk menenangkan perasaan tersebut seperti bersukan, mendengar muzik dan sebagainya.

Kenanglah semula jasa kedua ibu dan bapa kita yang telah membesarkan kita hingga ke hari ini. Sungguh tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Jangan kita sia-siakan harapan mereka. Tidak lupa juga, rajin-rajinlah berdoa kepada Allah S.W.T. Mudah-mudahan dikurniakan kesihatan yang baik, akal yang cerdas, serta ketenangan hati untuk belajar dan semasa menjawab peperiksaan nanti.

Kepada yang masih belum mengulangkaji, mulakan dari sekarang. Jangan mudah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik pada semseter ini. Akhir kata, semoga berjaya kami ucapkan. Kalau bukan kita yang mampu dan akan mengubah nasib kita kepada yang labih baik, siapa lagi?

Jangan termenung sahaja sewaktu mengulangkaji. Gambar sekadar hiasan

Majlis Makan Malam 'UKK' Aje


5 April 2013, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi Petronas (PSSCM UTP)  telah menganjurkan program yang diberi nama sebagai Malam UKK Aje. Majlis makan malam kali ini adalah berkonsep santai dan julung-julung kalinya diadakan dengan bertemakan ‘Retro’. UKK adalah satu singkatan nama bagi ‘Untuk Kite-Kite’. Program ini bukan sahaja disertai oleh ahli PSSCM UTP malah turut disertai oleh ahli daripada PSSCM UiTM Seri Iskandar.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan ahli-ahli yang telah bertungkus-lumus menjayakan program dari awal semester dan meraikan hari lahir ahli-ahli daripada bulan Januari hingga April. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meraikan ahli-ahli daripada kelas latihan UTP 27 yang baru mendapat keputusan SPM yang cemerlang baru-baru ini.

Program yang bertempat di Pavillion UTP ini bermula daripada pukul 9 malam sehingga pukul 12 tengah malam. Ahli PSSCM daripada UTP telah bertungkus-lumus menyediakan keperluan program ini sejak dari pukul 4.30 petang lagi di tempat kejadian. Hasil mesyuarat daripada Barisan Exco PSSCM UTP untuk melantik Tenaga Pengajar (TP) dari PSSCM UTP untuk menguruskan program ini telah membuatkan program kali ini lebih istimewa.

Bermulanya pada pukul 9 malam itu, program yang bertemakan retro ‘ala-ala 60-an’ ini dimulakan dengan pendaftaran peserta dan mengambil gambar untuk di undi sebagai ‘orang paling hot’. Kemudian program di teruskan dengan jamuan makan yang disertai dengan bacaan doa makan daripada ahli PSSCM UTP sendiri. Majlis yang santai ini juga disertakan dengan persembahan daripada ahli tamat PSSCM UTP dan ahli sedang belajar iaitu UTP 25. Lawak jenaka daripada pengurusi majlis iaitu saudara Muhammad Khairi Bin Raslim ternyata menceriakan suasana pada malam program tersebut. Program diakhiri dengan acara ‘tukar hadiah’ di mana peserta program haruslah membawa hadiah masing-masing untuk ditukarkan dengan orang lain secara undian.

Program ini sendiri telah meninggalkan pelbagai kenangan manis kepada peserta yang mengikuti program ini. Suasana yang santai dan ditemani dengan hembusan angin malam daripada tasik UTP ternyata melegakan dan menenangkan kepada yang hadir . Semoga ikatan persahabatan antara ahli PSSCM akan terjalin lebih erat lagi dengan program-program seperti ini seiring dengan konsep ‘Bersama dan Bersatu’ yang dibawa oleh Y.M. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah kita. Penghargaan tidak terhingga diucapkan kepada AJK Penggerak program majlis makan malam kali ini dan semua yang hadir dan membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Berikut adalah beberapa gambar sepangjang aktiviti berlangsung.


Para peserta sedang mengambil makanan

Jemput makan semua.
Para pemenang anugerah khas pada malam tersebut

Selamat Hari Lahir!

Antara persembahan yang diadakan

Sesi bergmabar beramai-ramai


Program Interaksi ke-21 PSSCM UTP



                Setelah berlangsungnya Program Pengambilan Ahli Baru UTP 27 dan Majlis Ijazah, suatu platform diperlukan untuk ahli-ahli baru mengenal ahli-ahli yang sedia ada di dalam PSSCM UTP. Justeru itu, PSSCM UTP telah mengadakan program Interaksi Ke-21, sebagai inisiatif dan pada masa yang sama mengeratkan hubungan antara ahli-ahli yang sedia ada.

                Pada kali ini program yang sangat di tunggu-tunggu oleh setiap ahli PSSCM UTP itu telah di adakan di Marina Chalet and Homestay bertempat di Cameron Highland. Program yang telah diadakan pada 15 hingga 17 Mac itu bukan hanya memfokuskan kepada seni mempertahankan diri melayu. Ahli jawatankuasa penggerak yang diketuai oleh Fazli Bin Jamalluddin bertungkus-lumus untuk memastikan program kali ini berjalan dengan lancar.

                  Majlis perasmian berlangsung pada malam 16 Mac 2013. Tetamu jemputan pada interaksi kali ini adalah Encik Sazarin Bin Sardomo, Ahli Jawatankuasa PSSCM, selaku perasmi pada malam tersebut. Selepas sesi perasmian selesai, agenda diteruskan dengan sesi perkongsian daripada Encik Sazarin sendiri, yang bertajuk 'Silat dan Agama'.

                Tujuan utama  program ini ialah untuk mewujudkan suasana yang sesuai dan selesa diantara ahli-ahli untuk mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan hubungan yang baik di antara ahli-ahli. Ini kerana modul-modul yang dilakukan semasa program memfokuskan kepada pembinaan hubungan yang baik diantara ahli yang baru dan lama. Gelak tawa sering kedengaran sewaktu program berlangsung menunjukkan bahawa ahli-ahli sedang menikmati suasana ceria tatkala melakukan aktiviti yang menarik dan sangat bermanfaat.

                  Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir bagi menjayakan program interaksi pada kali ini. Semoga ukhuwah yang terbina akan terus berkekalan dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa aktiviti berlangsung.






Sekitar Majlis Perasmian



Majlis Penutup


Semoga semua ahli dapat mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain setelah menghadiri program tersebut sekaligus mencapai tujuan dan matlamat sebenar program tersebut diadakan. 





Majlis Ijazah UTP 27



                Sabtu,9 Mac 2013 – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi Petronas telah berjaya mengadakan sebuah program iaitu Majlis Ijazah Asas bagi pelajar-pelajar yang baru mendaftarkan diri di dalam persatuan. Program ini diadakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) bertempat di Bilik Syarahan 8. Program ini bermula daripada pukul 2.30 petang sehingga 6.30 petang dan kemudian bersambung pula pada pukul 8.30 malam sehingga pukul 10.30 malam.

                Selain daripada pelajar-pelajar dari UTP, program ini dihadiri oleh pelajar-pelajar daripada IPT dari seluruh negeri Perak. Ahli jawatankuasa penggerak terdiri daripada ahli PSSCM UTP dan diketuai oleh Nur Syahirah Binti Nazri. Program ini adalah program wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertai dan menjadi ahli baru PSSCM.

                Guru Utama PSSCM, YM Datuk Hj. Maideen bin Kadir Shah menghadiri program ini untuk mengijazahkan pelajar-pelajar yang baru mendaftarkan diri sebagai ahli PSSCM. YDP PSSCM Cawangan Perak, En Abdul Halim bin Saad, beserta beberapa AJK PSSCM Cawangan Perak turut sama hadir bagi memeriahkan program ini.

                Iltizamnya, pelajar-pelajar yang berjaya didaftarkan untuk menjadi ahli PSSCM adalah hasil usaha ahli Jawatankuasa Pengambilan Ahli Baru UTP 27 PSSCM UTP. Mereka bertungkus-lumus untuk mempromosikan PSSCM kepada pelajar-pelajar UTP. Seramai 27 orang pelajar UTP telah berjaya diijazahkan pada tarikh tersebut dan menjadi ahli PSSCM dengan rasminya. Adalah diharapkan agar setiap ahli kelas Latihan UTP 27 akan berusaha mempelajari Silat Cekak hingga ke peringkat Tamat dan bersijil, dan terus menyumbang bakti dalam PSSCM pada masa akan datang.

Program Pengambilan Ahli Baru UTP 27



               Pada semester Januari 2013, PSSCM UTP telah mengadakan Majlis Demonstrasi dan Penerangan  sempena pengambilan ahli baru UTP 27. Tujuan utama majlis tersebut diadakan tidak lain tidak bukan ialah untuk membuat pengambilan ahli baru PSSCM kelas UTP 27. Tujuan lain ialah untuk memperkenalkan PSSCM UTP sebagai salah satu seni mempertahankan diri yang ada di UTP serta untuk menerangkan PSSCM dengan lebih lanjut lagi.

                Program yang telah di ketuai oleh saudara Muhammad Hafiz Aiman Bin Zulfikri Halim ini mengandungi tiga sesi iaitu pembukaan booth pameran , Malam Demonstrasi dan Demonstrasi ringkas. Program ini telah berlangsung selama lapan hari dalam lima minggu dan ini merupakan salah satu majlis yang sangat penting bagi pihak PSSCM UTP untuk menarik ahli-ahli baru menyertai PSSCM UTP.

                Booth pameran telah diadakan di foyer Pocket D serta di kafe UTP berdekatan dengan Bank CIMB bertujuan untuk mempromosikan Silat Cekak berdasarkan sejarah , kaedah pembelajaran , isu semasa serta memperkenalkan sebahagian aktiviti yang telah dilakukan oleh PSSCM UTP kepada seluruh warga UTP.

                Sementara itu, Malam demonstrasi telah diadakan untuk mempamerkan Silat Cekak dari segi teori dan praktikal kepada seluruh warga UTP khasnya kepada pelajar baru semester januari 2013. Malam demonstrasi ringkas pula ialah demonstrasi iringan, yang diadakan untuk memperkenalkan PSSCM UTP kepada pelajar baru yang tidak dapat hadir pada malam demonstrasi yang pertama. Terdapat juga demonstrasi jemputan sempena Minggu Mesra Kampus (MMK), yang berlangsung di Pocket D.

Berikut adalah gambar-gambar semasa program berlangsung.

Demonstrasi di V2 (Wanita)





Malam Demonstrasi di Perkarangan V6(Lelaki)



Demo sempena MMK



Demonstrasi Iringan