Semester baharu
tiba lagi. Ada baiknya kita menilai kembali tabiat
belajar masing-masing di awal perjalanan ini supaya nanti kita tiba di
destinasi dengan jayanya. Di awal semester, biasanya kita memasang azam yang
tinggi. Mahu naikkan GPA dan CGPA
serta menyesal kerana di semester lepas, ada subjek yang terkandas, yang tak
tercapai gred impian, yang kurang cemerlang kerana gagal mendapatkan markah yang baik sepanjang semester.
Setiap pelajar di dalam dunia ini tidak kira siapa sekali pun, pasti akan
melakukan kesilapan.
Di sini, ingin dikongsikan beberapa tips-tips untuk kita selalu menghampiri dan seterusnya mengecapi akan kejayaan itu. Asas yang paling utama ialah sentiasa mahu belajar. Keinginan untuk belajar perlu sentiasa ada kerana belajar ialah satu-satunya sebab kita menempuh sebuah perjalanan di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Oleh kerana proses untuk mendapat ilmu itu susah dan memerlukan banyak pengorbanan, kita perlu menghormati guru/pensyarah kita dan mengasihi mereka. Hal ini kerana mereka lebih mengetahui dan fasih mengenai pembelajaran kita di sini. Tambahan lagi,ilmu itu sebenarnya bersifat mahal dan mendapatkannya bukanlah sesuatu yang mudah. Amalan datang awal ke kelas seharusnya menjadi tabiat pelajar kerana jikalau amalan datang lewat menjadi pakaian kita, kita mungkin susah untuk mendapatkan ilmu itu dengan selengkapnya. Selain itu,usaha yang berterusan walaupun sedikit adalah cara yang paling berkesan untuk kita mengekalkan ilmu itu dalam benak fikiran. Kewajiban kita dan hak tuhan ke atas hendaklah ditunaikan kerana siapalah kita tanpa diri-Nya.

Sebenarnya,belajar bukanlah satu-satunya masalah sebagai seorang pelajar. Kewangan juga memainkan peranan penting dalam hidup kita di bumi UTP ini. Tidak kiralah pelajar yang mendapat biasiswa atau tidak,terdapat beberapa cara untuk kita mengendalikan kewangan di awal semester ini.
Pilihan untuk menikmati makanan tengahari atau malam seharusnya di pilih mengikut kadar kemampuan kita. Janganlah mudah terpengaruh dengan kawan yang mempunyai wang simpanan yang banyak tidak kiralah sama ada makan dekat luar kampus atau di kafe sahaja. Manfaatkanlah duit untuk pembelian bahan bacaan untuk semester ini dengan sebaiknya. Tidaklah seharusnya kita mengorbankan perbelanjaan keperluan kita demi mendapatkan kemahuan kita. Kemahuan dan keperluan adalah dua benda yang amat jauh perbezaannya.
Akhir sekali,selamat menempuh semester Januari 2013
kepada semua ahli-ahli PSSCM UTP. Sebuah pantun untuk perkongsian kita
bersama.
Emak memetik bunga raya,
Diletakkannya di tepi perigi,
Kalau anda ingin berjaya,
Tetapkan
matlamat, rancangkan strategi.
Artikel diedit dan diolah daripada
Artikel diedit dan diolah daripada
0 komen:
Post a Comment