Teori dan praktikal

Dalam usaha mempelajari sesuatu ilmu, pembelajaran melalui teori dan praktikal perlu bergerak seiring. Kedua-dua-nya saling memerlukan untuk memberikan kefaham yang lebih kepada sesuatu ilmu. Di universiti, pengajian teori diadakan di kelas-kelas akademik, dan amalan praktikal dilakukan di makmal-makmal yang disediakan. Tambahan pula, program latihan industri dilakukan juga untuk memberi latihan praktikal, mempraktikkan segala teori yang telah dipelajari di dalam kelas akademik.


Dalam konteks persilatan, kelas-kelas latihan adalah pembelajaran dari segi praktikal. Pembelajaran teori diterapkan apabila menjelang Ujian Sijil Rendah, yang membicarakan tentang sejarah, asal-usul Silat Cekak, dan lain-lain lagi. Pembelajaran Silat Cekak secara teori mungkin telah diterapkan di IPT-IPT lain di Malaysia, yang mana Silat Cekak adalah sebagai kokurikulum di IPT tersebut. Ini berlainan dengan UTP yang masih dalam proses menjadikan Silat Cekak sebagai kokurikulum.

Sehubungan dengan itu, Kelas Teori pertama PSSCM UTP telah diadakan. Kelas teori tersebut berlangsung pada 23 November 2012 di bilik kuliah 8, Universiti Teknologi Petronas. Kelas bermula dari pukul 9 malam sehingga 12 tengah malam. Selain daripada ahli-ahli dari PSSCMUTP, terdapat juga beberapa orang ahli PSSCM UiTM Seri Iskandar yang menyertai kelas tersebut.


Suasana di booth pendaftaran


Para Ahli sedang mengambil tempat sebelum kelas bermula

Program ini dipengerusikan oleh saudara Syahmi, iaitu ahli dan tenaga pengajar dari UTP dan dikendalikan oleh En. Firdaus Farid Bin Abd Rashid, AJK PSSCM Cawangan Perak (Baru), bekas pelajar UTP yang sekarang ini bekerja di Jabatan Kerja Raya. Penyelia PSSCMUTP, iaitu Yang Dipertua PSSCM Cawangan Perak, En. Abdul Halim Bin Saad hadir pada pukul 10 malam atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, dan meneruskan sesi kelas tersebut.


Saudara Syahmi dan En Firdaus Farid


Suasana di kelas teori
Ahli wanita sedang khusyuk mendengar 


Tujuan utama kelas seperti ini diadakan adalah untuk memberi lebih penerangan megenai pembelajaran di dalam Silat Cekak. Hal ini adalah kerana semasa kelas latihan, ahli-ahli hanya mampu berlatih buah Silat Cekak hanya secara praktikal. Kelas teori akan menerangkan kepada ahli-ahli yang sedang belajar mengenai seni Silat Cekak secara lebih mendalam. Kelas ini juga lebih kepada sesi soal jawab antara ahli PSSCMUTP dengan tenaga pengajar. Antara soalan-soalan yang diutarakan:

“Siapakah orang pertama menjumpai seni silat cekak?”
“Apakah amalan-amalan yang ada dalam silat cekak?”


En Abdul Halim Bin Saad ketika sedang menjawab soalan yang dikemukakan
Pesan Guru,

Taat ke guru membawa berkat,
Sedikit belajar banyak yang dapat;
Jika menderhaka menjadi mudarat,
Semua ilmu tiada yang lekat.

Banyak manfaat diperolehi dan persoalan terjawab sepanjang kelas tersebut berlangsung. Jutaan terima kasih  ditujukan kepada Penyelia PSSCM UTP, En. Abdul Halim Bin Saad, dan En Firdaus Farid Bin Abd. Rashid  dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Semoga ahli PSSCMUTP memperoleh kebaikan daripada kelas teori ini.

0 komen: