Keratan akhbar KOSMO. |
Dua beranak, amah ditikam perompak? Jenayah, seperti yang kita dapat lihat sekarang semakin berleluasa. Pihak berkuasa mampu untuk mengurangkan jenayah tersebut, namun mampukah mereka untuk sentiasa berada di sisi kita, untuk menjaga keselamatan kita? Mahukah kita menjadi salah seorang daripada mangsa tersebut?
Maka dengan itu, persiapkanlah diri kita dengan seni bela diri yang terbaik, seni yang diamalkan oleh nenek moyang kita, iaitu seni silat. Silat bukanlah sekadar seni warisan negara, tetapi ia juga berfungsi sebagai ilmu yang sememangnya perlu dimiliki oleh setiap insan. Selain mempertahankan diri, seni silat juga mampu membentuk disiplin dan moral seseorang. Perkara ini dapat dilihat melalui thesis seorang pelajar dari Universiti Sains Malaysia yang mengatakan, "Perguruan silat juga mendokong kehendak adat dan etika perhubungan antara guru dan rakan sebaya ‘seperguruan’ berpandukan sistem kod etika dan disiplin."
Oleh itu, untuk semester Mei 2012, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi Petronas (PSSCM UTP) telah mengadakan program pengambilan ahli baru.
Oleh itu, untuk semester Mei 2012, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi Petronas (PSSCM UTP) telah mengadakan program pengambilan ahli baru.
Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.
Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.
0 komen:
Post a Comment