Memetik kata-kata Pemangku Presiden PSSCM UTP,
saudara Firdaus Roslan, bertarikh 10 Julai 2012 di laman Facebook PSSCM
Cawangan Perak,
“Ayuh
bermain bola padang pada pagi sabtu (14 Julai 2012) ini jam 7.45am (jangkaan
kick off kalau x terlambat bangun), bertempat di Padang A, UiTM Seri Iskandar.
Kita akan adakan 'friendly game' bersempena 'World Cup' yang akan menjelang 2
tahun lagi.”
Sebenarnya, hasrat untuk bermain bola sepak di UTP
telah lama disuarakan oleh ahli-ahli PSSCM di Perak ini. Namun, atas kekangan
masa, ditambah dengan program-program persatuan, aktiviti tersebut tidak dapat
dijalankan. Namun, hasrat tersebut tidak terpendam begitu sahaja. Kenyataan
daripada saudara pemangku presiden akhirnya menzahirkan hasrat tersebut.
Setelah diamati, Padang A UiTM Perak tidak dapat
digunakan pada tarikh tersebut atas sebab-sebab yang tertentu. Sebagai
penyelesaian, akhirnya padang bola sepak UTP menjadi lokasi pilihan. Maka, pada
tarikh 14 Julai 2012, bertempat di padang bolasepak UTP, perlawanan
persahabatan dilangsungkan. Perlawanan tersebut melibatkan ahli PSSCM dari Ipoh,
UiTM Perak dan UTP sendiri. Antara AJK PSSCM Cawangan Perak (Baru) yang
terlibat adalah Encik Mohd Zabidi Azizi Bin Abu Kassim, Bendahari PSSCM
Cawangan Perak (Baru) dan Mohd Azuwan Bin Maoinser, Penolong Setiausaha 1 PSSCM
Cawangan Perak (Baru).
Padang Bola Sepak UTP
Perlawanan bermula setelah masing-masing selesai
menjalankan aktiviti pemanasan badan. Pasukan dibahagikan secara rawak, dan
dibezakan oleh ‘bip’ yang dipinjam dari PSSCM UiTM Perak. Sepanjang perlawanan
berlangsung, semangat berpasukan, semangat setiakawan dan semangat kesukanan
dipamerkan oleh setiap ahli. Masing-masing mahu memberikan yang terbaik untuk
pasukan mereka.
Pasukan yang memakai ‘bip’ akhirnya memenangi
perlawanan tersebut, setelah tiga separuh masa berlangsung, dengan jumlah
jaringan sebanyak 5 gol berbalas 4. Ahli wanita turut hadir bersama-sama pada
hari tersebut, dan bermain futsal sesama mereka.
Antara ahli pasukan yang memakai 'bip'
Segelintir ahli wanita yang hadir
Perlawanan tamat pada pukul 11.30 pagi. Sungai Papan menjadi destinasi seterusnya setelah kepenatan bersukan pada sebelah pagi. Aktiviti mandi-manda di Sg Papan berlarutan sehingga pukul 2 petang, dan Restoran Farouk & Sithik menjadi tumpuan untuk makan tengahari.
Perlawanan tamat pada pukul 11.30 pagi. Sungai Papan menjadi destinasi seterusnya setelah kepenatan bersukan pada sebelah pagi. Aktiviti mandi-manda di Sg Papan berlarutan sehingga pukul 2 petang, dan Restoran Farouk & Sithik menjadi tumpuan untuk makan tengahari.
Aktiviti seperti ini mampu merapatkan hubungan
sesama ahli PSSCM. Adalah diharapkan agar aktiviti seperti ini akan dapat
dilakukan dengan lebih kerap lagi pada masa hadapan. Berikut adalah beberapa
gambar lagi yang sempat di’snap’ sepanjang aktiviti tersebut.
Dan berikut adalah gambar yang diambil di Sungai Papan.
Lagi gambar boleh didapati di link berikut.
http://on.fb.me/NRdVTn
Terima kasih.
0 komen:
Post a Comment