Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdu Lillah, pada tanggal 28 April 2012 yang lepas, PSSCM UTP telah berjaya mengadakan aktiviti tahunan kami iaitu Majlis Makan Malam dan Penghargaan Semester Januari 2012 dengan jayanya. Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan khususnya kepada skuad Karnival Wajadiri (KWD) IPT PSSCM UTP 2012 atas kejayaan mereka muncul sebagai juara keseluruhan bagi skuad lelaki, dan naib juara keseluruhan bagi skuad wanita, baru-baru ini. Majlis bertempat di Pocket D, UTP dan melibatkan seluruh ahli daripada PSSCM UTP khasnya, dan ahli daripada PSSCM Cawangan Perak (Baru) amnya.
Tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Naib Canselor (Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Teknologi Petronas, Tuan Haji Mohamed Noor
Rosli Bin Baharom, selaku Penasihat 1 PSSCM UTP. Antara tetamu lain yang hadir adalah wakil dari PSSCM Cawangan Perak (Baru). Mereka adalah, Mohd Zabidi Azizi Bin Abu Kassim, Bendahari PSSCM Cawangan Perak (Baru) , En. Mohd Faiz Bin Rosli, Penolong Setiausaha 2 dan juga Mohd Kassim Bin Abdul Kadir, Ahli Jawatankuasa PSSCM Cawangan Perak (Baru).
Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Bin Baharom ketika memberikan ucapan beliau. |
Acara bermula seawal jam 8.30 malam selepas ketibaan tetamu kehormat dan berlansung dengan jayanya sehingga ke akhir. Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Bin Baharom, Penasihat 1 PSSCM UTP adalah antara tetamu kehormat yang dijemput untuk memberikan ucapan pada majlis tersebut. Majlis ini sedikit sebanyak telah menjadi kayu pengukur kepada pembangunan dan perkembangan PSSCM UTP, sejak penubuhannya pada tahun 1999.
Kepada semua AJK dan mereka yang terlibat, sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada anda semua diatas penat lelah dan usaha anda. Semoga ALLAH memberkati semua usaha kita, Amiiin. Berikut adalah beberapa foto yang sempat diambil sepanjang majlis :
Tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis |
Wakil jemputan daripada Badan Pelajar di UTP, yang banyak membantu PSSCM UTP dalam menjayakan aktiviti persatuan selama ini |
Ahli-ahli PSSCM UTP sedang menjamu selera |
Antara adik-adik UTP 25 yang turut hadir sedang menikmati juadah yang disediakan |
Skuad KWD PSSCM UTP 2012 bergambar bersama tetamu kehormat |
Presiden PSSCM UTP kini(dua dari kiri), saudara Nor Fakhrul Bin Mohd Noor bergambar bersama YDP PSSCM IPT Perak |
Ahli PSSCM UTP yang akan menjalani latihan industri. Selamat maju jaya diucapkan. |
Barisan adik-adik daripada kelas latihan UTP 25, bergambar bersama tenaga pengajar |
Sesi bergambar bersama tetamu kehormat dan tetamu jemputan. Hidup Cekak! |
Adalah diharapkan hubungan yang terbina di kalangan ahli-ahli PSSCM UTP sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti persatuan sepanjang semester ini akan terus berkekalan. Semoga PSSCM UTP akan terus cemerlang dalam usahanya melahirkan mahasiswa berjiwa panglima, yang akan bersatu untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara pada masa hadapan.
"Kita bawa dua, satu Melayu satu Islam. Kalau tumbang satu, yang satu lagi jangan bagi tumbang. Kat negara kita, tak da Melayu, tak da Islam."
- Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Bin Baharom, Timbalan Naib Canselor UTP.
Majlis Makan Malam & Penghargaan PSSCM UTP Semester Januari 2012
0 komen:
Post a Comment