Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM di Universiti Teknologi PETRONAS

Pada hari Ahad bersamaan 27 November 2011 / 1 Muharram 1433 H  yang lalu telah diadakan Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM yang mana dianjurkan pada setiap 1 Muharram bagi tahun Hijrah. Sambutan Hari Tenga Pengajar (SHTP) pada tahun ini telah dilangsungkan di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dengan penuh jayanya. Seawal jam 11 malam pada hari Sabtu AJK-AJK bagi SHTP telah mula menerima kedatangan para tetamu
Persiapan yang dilakukan diatas pentas Dewan Canselor UTP

Rekaan Backdrop yang direka oleh AJK Teknikal Program dan dugunapakai sewaktu SHTP. 




AJK-AJK berkumpul selepas program.


Para Hulubalang yang mengiringi Perarakan Utama masuk ke dewan.

Timbalan Naib Canselor UTP dan juga Penasihat 1 PSSCM UTP menjadi Perasmi bagi SHTP tiba di
perkaeangan Dewan Canselor UTP.


 Seawal jam 11 malam pada hari Sabtu AJK-AJK bagi SHTP telah mula menerima kedatangan para tetamu
Ketibaan YMGU Datuk haji Maideen bin Kadir Shah di perkarangan Dewan Canselor UTP.

YMGU Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah mengetuai majlis Berzanji, Marhaban, Qasidah Burdah dan Berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.



Pembesar-pembesar, AJK-AJK Pusat dan YDP-YDP cawangan duduk diatas pentas pada sesi petang.

Keadaan ditempat duduk barisan Tenaga Pengajar PSSCM sewaktu majlis berlangsung.

       
PERJALANAN MAJLIS SAMBUTAN HARI TENAGA PENGAJAR PSSCM.

Majlis bermula pada jam 7 pagi dengan kehadiran Para Tenaga Pengajar masuk ke Dewan Canselor UTP dimana tempat berlangsungnya SHTP. Pengacara Majlis pada sesi pagi hari tersebut merupakan mantan Presiden PSSCM UTP iaitu saudara Muhammad Khairi bin Roslim. Pada jam 9 pagi, perarakan utama yang membawa Guru Utama PSSCM iaitu Y.M. Datuk haji Maideen bin Kadir Shah masuk ke dalam dewan diiringi Pembesar-Pembesar Cekak dan Para Hulubalang. Upacara pada pagi 1 Muharram yang mulia itu telah dimulakan dengan berzanji, marhaban dan qasidah burdah. Perasmi untuk SHTP merupakan Naib Canselor UTP yang juga merupakan penasihat PSSCM UTP yang telah banyak membantu pergerakan PSSCM UTP sepanjang di bumi UTP ini. Upacara pada sesi pagi berakhir pada jam 12.30 tengahari dan disambung pula pada jam 2 petang yang mana sesi petang ini diambil alih oleh Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) PSSCM. Majlis Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM berakhir pada jam 6.15 petang. Majlis SHTP telah berjalan dengan baik hasil kerjasama dalam kalangan AJK Penggerak SHTP. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha melancarkan Majlis Sambutan Hari Tenaga pengajar PSSCM pada 1 Muharram 1433 H.

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Sempena Hari Raya Aidil Adha kali ini, PSSCM UTP ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari yang mulia ini disamping keluarga tersayang. Kalau diingat kembali pada raya haji tahun lepas, rata-rata antara kita sedang menjalani peperiksaan akhir semester. Jadi ada yang terpaksa beraya di UTP. Namun untuk semester ini, kejadian seperti berikut mungkin tidak berulang lagi melainkan ada diantara anda yang mempunyai keluarga dan rumah di Sabah, Sarawak, Kalimantang, Tanah Jawa, Kenya, Mozambique atau lain-lain tempat yang memerlukan kapal terbang atau kapal laut sebagai kenderaan untuk pulang ke kampung halaman. Walau dimana jua anda berada, sambutlah Hari Raya Aidil Adha ini dengan aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga anda yang tercinta...

Ahli PSSCM UTP menang pingat semasa SEDEX!!!




Syukur Alhamdu Lillah. Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, berkat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, berkat guru-guru, karamah iubu serta hikmah bapa, seramai 8 orang ahli PSSCM UTP telah memenangi pingat penghargaan bagi pertandingan inovasi sains peringkat UTP yang dikenali dengan nama Science and Engineering Design Exhibition (SEDEX). Untuk makluman, pelajar tahun akhir iaitu Saudara Izuan telah memenangi pingat emas bagi kategori poster terbaik peringkat Projek Tahun Akhir (FYP). Pemenang-pemenang lain merupakan pemenang pingat bagi kategori Engineering Team Project (ETP) iaitu pingat Emas dimenangi oleh saudara Fudzail, saudara Haidir dan saudari Afiqah. Pingat Perak pula dimenangi oleh saudara Fakhrul yang juga merupakan Tenaga Pengajar dan Presiden PSSCM UTP, saudara Hazeeq dan saudari Faizzen yang masing-masing merupakan Tenaga Pengajar. Bagi pingat gangsa pula dimenangi oleh saudara Azfar yang juga merupakan seorang Tenaga Pengajar. Ucapan tahniah buat mereka semua di atas kejayaan masing-masing. Walaupun sering bersama dalam melakukan kerja-kerja persatuan, namun kejayaan dalam bidang akademik masih tetap digapai. Buat adik-adik dan sahabat-sahabat yang lain, kerja persatuan bukanlah penghalang pada kejayaan dan jadikanlah kejayaan mereka sebagai pembakar semangat supaya suatu hari nanti kte dapat berdiri di tempat mereka dengan lebih berjaya dan mengharumkan nama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia khususnya di Universiti Teknologi PETRONAS yang kita cintai ini.

Kata Y.M. Al-Marhum Ust Haji Hanafi bin Haji Ahmad
'Sains dan teknologi boleh dicari di mana-mana, budaya tetap hak kita'