Pada hari Ahad bersamaan 27 November 2011 / 1 Muharram 1433 H yang lalu telah diadakan Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM yang mana dianjurkan pada setiap 1 Muharram bagi tahun Hijrah. Sambutan Hari Tenga Pengajar (SHTP) pada tahun ini telah dilangsungkan di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dengan penuh jayanya. Seawal jam 11 malam pada hari Sabtu AJK-AJK bagi SHTP telah mula menerima kedatangan para tetamu
Persiapan yang dilakukan diatas pentas Dewan Canselor UTP
Rekaan Backdrop yang direka oleh AJK Teknikal Program dan dugunapakai sewaktu SHTP.
AJK-AJK berkumpul selepas program.
Para Hulubalang yang mengiringi Perarakan Utama masuk ke dewan.
Timbalan Naib Canselor UTP dan juga Penasihat 1 PSSCM UTP menjadi Perasmi bagi SHTP tiba di
perkaeangan Dewan Canselor UTP.
Seawal jam 11 malam pada hari Sabtu AJK-AJK bagi SHTP telah mula menerima kedatangan para tetamu
Ketibaan YMGU Datuk haji Maideen bin Kadir Shah di perkarangan Dewan Canselor UTP.
YMGU Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah mengetuai majlis Berzanji, Marhaban, Qasidah Burdah dan Berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Pembesar-pembesar, AJK-AJK Pusat dan YDP-YDP cawangan duduk diatas pentas pada sesi petang.
Keadaan ditempat duduk barisan Tenaga Pengajar PSSCM sewaktu majlis berlangsung.
PERJALANAN MAJLIS SAMBUTAN HARI TENAGA PENGAJAR PSSCM.
Majlis bermula pada jam 7 pagi dengan kehadiran Para Tenaga Pengajar masuk ke Dewan Canselor UTP dimana tempat berlangsungnya SHTP. Pengacara Majlis pada sesi pagi hari tersebut merupakan mantan Presiden PSSCM UTP iaitu saudara Muhammad Khairi bin Roslim. Pada jam 9 pagi, perarakan utama yang membawa Guru Utama PSSCM iaitu Y.M. Datuk haji Maideen bin Kadir Shah masuk ke dalam dewan diiringi Pembesar-Pembesar Cekak dan Para Hulubalang. Upacara pada pagi 1 Muharram yang mulia itu telah dimulakan dengan berzanji, marhaban dan qasidah burdah. Perasmi untuk SHTP merupakan Naib Canselor UTP yang juga merupakan penasihat PSSCM UTP yang telah banyak membantu pergerakan PSSCM UTP sepanjang di bumi UTP ini. Upacara pada sesi pagi berakhir pada jam 12.30 tengahari dan disambung pula pada jam 2 petang yang mana sesi petang ini diambil alih oleh Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) PSSCM. Majlis Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM berakhir pada jam 6.15 petang. Majlis SHTP telah berjalan dengan baik hasil kerjasama dalam kalangan AJK Penggerak SHTP. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha melancarkan Majlis Sambutan Hari Tenaga pengajar PSSCM pada 1 Muharram 1433 H.

0 komen:
Post a Comment