Syukur Alhamdu Lillah. Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, berkat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, berkat guru-guru, karamah iubu serta hikmah bapa, seramai 8 orang ahli PSSCM UTP telah memenangi pingat penghargaan bagi pertandingan inovasi sains peringkat UTP yang dikenali dengan nama Science and Engineering Design Exhibition (SEDEX). Untuk makluman, pelajar tahun akhir iaitu Saudara Izuan telah memenangi pingat emas bagi kategori poster terbaik peringkat Projek Tahun Akhir (FYP). Pemenang-pemenang lain merupakan pemenang pingat bagi kategori Engineering Team Project (ETP) iaitu pingat Emas dimenangi oleh saudara Fudzail, saudara Haidir dan saudari Afiqah. Pingat Perak pula dimenangi oleh saudara Fakhrul yang juga merupakan Tenaga Pengajar dan Presiden PSSCM UTP, saudara Hazeeq dan saudari Faizzen yang masing-masing merupakan Tenaga Pengajar. Bagi pingat gangsa pula dimenangi oleh saudara Azfar yang juga merupakan seorang Tenaga Pengajar. Ucapan tahniah buat mereka semua di atas kejayaan masing-masing. Walaupun sering bersama dalam melakukan kerja-kerja persatuan, namun kejayaan dalam bidang akademik masih tetap digapai. Buat adik-adik dan sahabat-sahabat yang lain, kerja persatuan bukanlah penghalang pada kejayaan dan jadikanlah kejayaan mereka sebagai pembakar semangat supaya suatu hari nanti kte dapat berdiri di tempat mereka dengan lebih berjaya dan mengharumkan nama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia khususnya di Universiti Teknologi PETRONAS yang kita cintai ini.
Kata Y.M. Al-Marhum Ust Haji Hanafi bin Haji Ahmad
'Sains dan teknologi boleh dicari di mana-mana, budaya tetap hak kita'
0 komen:
Post a Comment