Majlis Konvokesyen PSSCM ke-29 dan Perkhemahan Perdana PSCCM Se-Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Aktiviti PSSCM di peringkat kebangsaan diteruskan lagi dengan majlis Konvokesyen PSSCM Ke-29 Zon Timur yang diadakan pada 23 November 2013 bersamaan 19 Muharam 1435H bertempat di Grand Hall,Office Of The Campus Director, UIAM Kuantan.

Seramai 28 orang ahli PSSCMUTP telah  menghadiri majlis ini. Majlis dimulakan dengan ketibaan YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama PSSCM dan YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, Rektor UIAM Kuantan.




Antara ahli-ahli PSSCM UTP yang menerima sijil

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Guru Utama PSSCM, YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah dan diakhiri dengan ucapan dan perasmian daripada YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, rector UIAM Kuantan. Penyerahan watikah dan penyampaian sijil menjadi agenda seterusnya sebelum majlis menjemput para hadirin untuk menjamu selera. Seramai 20 orang ahli dari UTP telah memperoleh sijil dan 5 orang daripadanya  telah berjaya mendapat pangkat Kepujian. Jumlah peserta yang menerima sijil pada majlis Konvokesyen kali ini adalah seramai 372 orang.

Ahli-ahli PSSCM UTP dan UiTM Perak bergambar bersama YDP Cawangan Perak, En. Abdul Halim bin Saad

Pada sebelah petang, majlis diteruskan dengan Perkhemahan Perdana PSSCM Se-Malaysia, bertempat di Pantai Balok, Kuantan, Pahang. Kedua-dua acara yang diadakan di negeri Pahang ini adalah sempena menyambut 48 tahun PSSCM, 35 tahun PSSCM Cawangan Pahang dan 25 tahun PSSCM Cawangan Terengganu.


Ahli-ahli bersantai di Pantai Balok, Kuantan, Pahang

 Pada sebelah malam, telah diadakan Majlis Makan Malam yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mohd Johari Bin Hj Mohd Hussain Pengerusi JK Belia & Sukan Negeri Pahang mewakili YAB Datuk Seri Diraja Hj Adnan Bin Hj Yaakob Menteri Besar Pahang. Pada malam tersebut juga telah ditayangkan video-video dokumentari dan persembahan demonstrasi oleh ahli-ahli PSSCM Cawangan Terengganu dan diakhiri dengan nyanyian lagu Warisan Mutlak. 


Sebahagian Ahli-ahli PSSCM UTP di Majlis Makan Malam
Perkhemahan tersebut telah berakhir pada hari Ahad, 24 November bersamaan 20 Muharam. Diharapkan segala objektif telah tercapai melalui perkhemahan tersebut agar semua ahli mendapat manfaat sedikit sebanyak dari perkhemahan tersebut. 

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah menerima sijil pada majlis konvokesyen pada kali ini. Diharap anda semua terus aktif di dalam persatuan agar misi dan visi PSSCM tercapai.

Sekian, Terima Kasih.

Lain-lain gambar boleh dilayari di pautan ini:

https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.398248586973236&type=1

https://www.facebook.com/zainolnasri91/media_set?set=a.639261762787386.1073741841.100001107049303&type=1






Ekspedisi ke Gua Tempurung PSSCMUTP

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog. Sekali lagi admin membasahkan mata tinta untuk melaporkan aktiviti terkini persatuan.



Pada Sabtu, 16 Nov yang lalu PSSCM-UTP telah menganjurkan sebuah ekspedisi ke Gua Tempurung yang bertujuan menguatkan silaturrahim dan ukhuwah di kalangan ahli persatuan serta meningkatkan stamina para ahli.

  



Rombongan seramai 21 orang ini bertolak dari UTP pada jam 9.00 pagi dan tiba di Gua Tempurung sekitar jam 10.00. Setelah selesai mendaftar dan membayar yuran masuk (RM22/kepala), kami terus dibawa masuk meneroka Gua Tempurung, sebuah ciptaan Tuhan yang tiada bandingannya.








Kami berada di dalam gua tersebut selama kira-kira 4 jam. Sepanjang tempoh tersebut, kami berkesempatan melihat kecantikan dan keunikan rupa bentuk gua tersebut, termasuk pembentukan stalagtait dan stalagmait, tekstur dinding yang pelbagai dan berwarna-warni serta berkelipan apabila terkena cahaya, dan banyak lagi. Kami juga berkesempatan menjalankan aktiviti-aktiviti menarik di dalam gua tersebut seperti merangkak di dalam air, menuruni 'slide' semula jadi, mendaki dan menuruni cerun, dan banyak lagi. Sememangnya anda perlu ke sana sendiri untuk benar-benar mengetahui apa yang ada di sana. Kami jamin anda tidak akan menyesal!






Setelah selamat keluar dari gua, kami berhenti makan di sebuah restoran dalam perjalanan pulang ke UTP dan tiba di UTP sekitar jam 7.00 malam.



Daripada aktiviti ini, para ahli telah dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik dan akrab. Adalah diiharapkan agar aktiviti-aktiviti luar seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang untuk membina persefahaman dan kerjasama antara ahli, serta membuktikan bahawa PSSCM UTP bukanlah hanya tertumpu kepada kelas latihan sahaja. Sekian, wassalam.

MAJLIS HARI RAYA DAN MALAM PENGHARGAAN MEI 2013 PSSCM UTP

Majlis Hari Raya dan Malam Penghargaan Mei 2013 PSSCM UTP telah diadakan pada 17 Ogos 2013 bertempat di Bilik Seminar 7 & 8, Undercroft, UTP bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 12.00 tengah malam. Majlis tersebut telah berjalan dengan lancar dan jayanya dengan kehadiran ahli-ahli dari seluruh Perak iaitu seramai kira-kira 130 orang. Lebih istimewa lagi, hampir semua kelas latihan di bawah PSSCM Cawangan Perak telah menghantar wakil ke majlis tersebut. Antara IPT-IPT dan kelas latihan yang telah hadir ke majlis tersebut ialah UITM Perak, PUO, KUISAS, IPG, Cameron Highland dan Taiping termasuk AJK-AJK Cawangan Perak.  

Majlis tersebut diadakan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli PSSCM  bukan sahaja dari UTP malah ahli-ahli dari seluruh negeri Perak untuk berkumpul dan bersama-sama merayakan Hari Raya Aidilfitri di bulan Syawal yang mulia. Di samping itu, malam itu juga diadakan khas unutk meraikan ahli-ahli yang bakal menamatkan pengajian mereka di UTP. 

Majlis bermula dengan kehadiran perasmi majlis tersebut iaitu En Abdul Halim bin Saad, YDP PSSCM Cawangan Perak. Kemudian, tetamu dijemput untuk menjamu selera sambil melihat montaj yang telah disediakan oleh Jabatan Penerangan PSSCM UTP dan diiiringi oleh lagu-lagu raya. Pelbagai juadah masakan telah disediakan antaranya sate, lemang, rendang dan banyak lagi yang pastinya memikat selera tetamu-tetamu yang hadir pada malam itu. 


                                 


Sesudah menjamu selera, majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis iaitu saudara Abdul Hazim bin Abdullah sebgai Pengarah Program. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir dan juga mengucapkan selamat maju jaya kepada ahli-ahli yang bakal meninggalkan UTP tidak lama lagi. Kemudian, tibalah masanya untuk ucapan perasmian oleh Encik Abdul Halim bin Saad. Beliau mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur program yang bertanggungjawab mengadakan majlis tersebut di samping menceritakan serba sedikit pengalaman beliau kepada para hadirin.  

                                                


Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan tayangan cerita pendek yang dilakonkan sendiri oleh ahli-ahli yang akan menamatkan pengajian yang menceritakan perjalanan mereka di dalam PSSCM UTP. Seterusnya, ahli-ahli ini menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Encik Abdul Halim bin Abdul Saad. Semoga majlis tersebut akan menjadi kenangan yang paling indah sepanjang penglibatan mereka di dalam PSSCM UTP. 

                                   

Di akhir majlis, semua tetamu mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Akhir kata, diharap supaya majlis pada malam tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli-ahli PSSCM khususnya di negeri Perak. Kepada ahli-ahli yang bakal menamatkan pengajian mereka, jutaan terima kasih diucapkan di atas jasa dan pengorbanan kalian yang telah dicurahkan selama ini. Semoga semangat perjuangan kalian dapat diteruskan lagi oleh generasi-generasi yang akan datang.  

Antara-antara gambar semasa majlis berlangsung.











Mesyuarat Agung Tahunan PSSCM UTP Kali ke-15

Pada 20 Julai 2013 bersamaan 11 Ramadhan 1434 Hijrah, PSSCM UTP telah berjaya melaksanakan sebuah agenda penting di dalam persatuan iaitu Mesyuarat Agung Tahunan PSSCM UTP Kali ke-15 sesi 2013/2014. Mesyuarat tersebut telah dijalankan di Dewan Kuliah 1, UTP dan disertai oleh kira-kira 40 ahli PSSCM UTP dan beberapa org ahli dari luar seperti UITM Seri Iskandar. Tujuan utama PSSCM UTP mengadakan mesyuarat tersebut adalah untuk memilih jawatankuasa kepimpinan baru untuk sesi 2013/2014.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 2.30 petang dimulakan dengan ucapan presiden PSSCM UTP bagi sesi 2012/2013 iaitu saudara Nor Fakhrul bin Mohd Noor. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa di bawah pimpinannya di atas jasa-jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan selama ini. Beliau juga ada menceritakan pengalaman sepanjang mengetuai PSSCM UTP selama dua penggal iaitu sesi 2011/2012 dan 2012/2013. Selain itu, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa yang akan dilantik selepas ini di samping berharap ahli jawatankuasa yang baru dilantik memikul tanggungjawab dengan sebaiknya di samping menjaga amanah Guru Utama. Beliau juga menyeru kepada semua ahli-ahli PSSCM UTP agar menyokong presiden baru yang akan dilantik selepas ini. 


Ketibaan tetamu-tetamu kehormat ke Mesyuarat Agung Tahunan 



Ucapan daripada saudara Nor Fakhrul bin Mohd Noor


Seterusnya, Mesyuarat Agung Tahunan ini diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh saudara Mohamad Hafiz bin Mohamad Fadzil merangkap Ketua Penerangan PSSCM Cawangan Perak.



Ucapan perasmian daripada saudara Mohamad Hafiz bin Mohamad Fadzil



Setelah selesai majlis perasmian dan tetamu-tetamu kehormat berangkat pulang, mesyuarat dimulakan dengan perlantikan Pengerusi Sementara dan dua orang Setiausaha Sementara. Agenda seterusnya ialah pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PSSCM UTP Kali ke-14 sesi 2012/2013, pembentangan dan penerimaan Laporan Aktiviti PSSCM UTP sesi 2012/2013 serta pembentangan dan meluluskan Laporan Penyata Kewangan PSSCM UTP sesi 2012/2013.

Setelah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan selama sepenggal, akhirnya barisan Exco-exco PSSCM UTP bagi sesi 2012/2013 yang diketuai oleh Saudara Nor Fakhrul bin Mohd Noor telah meletakkan jawatan secara rasminya pada jam 4.20 petang. Selesailah tanggungjawab dan lepaslah beban yang dipikul seiring dengan amanah serta kepercayaan yang telah diberikan pada mesyuarat agung lepas.

Kemudian, mesyuarat diteruskan dengan agenda terpenting iaitu sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa PSSCM UTP bagi sesi 2013/2014. Berikut merupakan senarai nama mereka yang telah diberi kepercayaan untuk memegang tampuk kepimpinan PSSCM UTP bagi sesi 2013/2014:



Presiden: Mohamad Khairul Zulfadly bin Mohd Izham

Timbalan Presiden: Muhamad Syamim bin Hj Hamzah

Setiausaha: Nadzirah binti Musa

Bendahari: Mas Idayu binti Moh Saleh

Ketua Penerangan: Abdul Hazim bin Abdullah

Penolong Setiausaha: Muhammad Syazwan bin Rosley

Exco Perhubungan dan Lawatan: Ikhwan Syamim bin Aminuddin

Exco Kebajikan dan Muamalat: Luqman Nur Hakim bin Ab Rahman

Exco Peralatan dan Harta: Mohd Zaid bin Rozilan

Exco Demonstrasi: Ngah Mohd Zarif Izzat bin Sharifuddin

Exco Promosi dan Publisiti: Muhamad Nizarul Idhafi Bin Omar

Akhir kata, tahniah dan selamat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Harapan kami, ahli-ahli PSSCM UTP semoga barisan kepimpinan yang baru ini dapat terus memajukan PSSCM UTP agar terus bertapak kukuh di bumi UTP dan seterusnya mengharumkan nama baik PSSCM bukan sahaja di peringkat Universiti malah di peringkat negeri dan kebangsaan. Insya-ALLAH. 

                           

Barisan Ahli Jawatankuasa sesi 2013/2014

Majlis Bacaan Yassin Hajat Sempena Peperiksaan Akhir Semester Januari 2013


Bersempena dengan kemunculan minggu peperiksaan akhir semester Januari 2013 yang semakin hampir, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi PETRONAS (PSSCM UTP) telah mengadakan majlis Solat Hajat dan Yasin Hajat pada 18 April 2013. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memohon kejayaan yang cemerlang, di samping kesihatan yang baik dan akal yang sihat untuk ahli-ahli persatuan mengahadapi peperiksaan akhir semester kali ini.

Antara ahli yang hadir

Hampir 30 orang ahli PSSCM UTP dan beberapa ahli daripada PSSCM UiTM, termasuk wakil daripada AJK PSSCM  Cawangan Perak, saudara Muhammad Syahmi Bin Hamizol, selaku AJK Pembangunan Insan, telah hadir di masjid lama bagi mengimarahkan majlis tersebut. Majlis telah dimulakan dengan solat sunat hajat yang diimamkan oleh saudara Muhammad Afdhaludden Bin Azmi. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin Hajat yang di ketuai oleh saudara Muhammad Khairi Bin Roslim.


Keitka bacaan doa

Sebelum majlis ditutup, saudara Fakhrul selaku Presiden PSSCM UTP telah memberikan sedikit ucapan dan kata-kata semangat kepada ahli bersermpena pepriksaan akhir semester yang bakal tiba. Majlis diakhiri dengan selawat dan sedikit jamuan.


Ucapan daripada Presiden PSSCM UTP, saudara Nor Fakhrul Bin Mohd Noor

Para ahli sedang menikmati jamuan ringan yang disediakan

Kelas Latihan Terakhir PSSCM UTP Semester Januari 2013

Kelas terakhir PSSCM UTP pada semester Januari 2013 adalah pada 17 April 2013, iaitu seminggu sebelum bermulanya 'study week'. Berikut adalah beberapa gambar menunjukkan suasana kelas terakhir PSSCM UTP.

UTP 27 sedang melakukan latihan

Tenaga Pengajar UTP 26, Muhammad Azfar sedang memberikan tunjuk ajar kepada pelatih

Latihan buah jatuh oleh UTP 25


Sebelum kelas ditangguhkan, ucapan ringkas diberikan oleh Penyelia PSSCM UTP, Encik Abdul Halim Bin Saad. Seterusnya, semua kelas latihan pada malam tersebut ditangguhkan serentak ke semester hadapan. Sesi bergambar seterusnya dilakukan, sebagai tradisi bagi mengakhiri kelas latihan terakhir pada semester kali ini.

Kelas Latihan UTP 27

Kelas Latihan UTP 26

Kelas Latihan UTP 25

Ahli Tamat PSSCM UTP

Sesi bergambar beramai-ramai

Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang telah membantu menjadikan kelas latihan PSSCM UTP pada semester kali ini berlangsung dengan jayanya.

Peperiksaan Akhir Semester Januari 2013


Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Sama ada kita sedar atau tidak, ahli-ahli PSSCM UTP akan menjalani peperiksaan akhir semester tidak lama lagi. Jadi, kami di Jabatan Penerangan PSSCM UTP ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kali ini dengan jayanya. 

Pada waktu sekarang, susunlah jadual belajar anda. Sekiranya anda masih lemah dalam sesuatu mata pelajaran, rajin-rajinlah berjumpa denagn pensyarah, atau bertanyakan kepada rakan-rakan yang lebih faham akan subjek tersebut. Cuba buat soalan peperiksaan yang lepas, untuk membiasakan diri dengan bentuk soalan di dewan peperiksaan nanti.

Jangan membazirkan waktu 'study week' yang diebri oleh pihak universiti kepada kita. Sekiranya anda berasa tertekan, carilah medium yang sesuai untuk menenangkan perasaan tersebut seperti bersukan, mendengar muzik dan sebagainya.

Kenanglah semula jasa kedua ibu dan bapa kita yang telah membesarkan kita hingga ke hari ini. Sungguh tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Jangan kita sia-siakan harapan mereka. Tidak lupa juga, rajin-rajinlah berdoa kepada Allah S.W.T. Mudah-mudahan dikurniakan kesihatan yang baik, akal yang cerdas, serta ketenangan hati untuk belajar dan semasa menjawab peperiksaan nanti.

Kepada yang masih belum mengulangkaji, mulakan dari sekarang. Jangan mudah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik pada semseter ini. Akhir kata, semoga berjaya kami ucapkan. Kalau bukan kita yang mampu dan akan mengubah nasib kita kepada yang labih baik, siapa lagi?

Jangan termenung sahaja sewaktu mengulangkaji. Gambar sekadar hiasan

Majlis Makan Malam 'UKK' Aje


5 April 2013, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi Petronas (PSSCM UTP)  telah menganjurkan program yang diberi nama sebagai Malam UKK Aje. Majlis makan malam kali ini adalah berkonsep santai dan julung-julung kalinya diadakan dengan bertemakan ‘Retro’. UKK adalah satu singkatan nama bagi ‘Untuk Kite-Kite’. Program ini bukan sahaja disertai oleh ahli PSSCM UTP malah turut disertai oleh ahli daripada PSSCM UiTM Seri Iskandar.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan ahli-ahli yang telah bertungkus-lumus menjayakan program dari awal semester dan meraikan hari lahir ahli-ahli daripada bulan Januari hingga April. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meraikan ahli-ahli daripada kelas latihan UTP 27 yang baru mendapat keputusan SPM yang cemerlang baru-baru ini.

Program yang bertempat di Pavillion UTP ini bermula daripada pukul 9 malam sehingga pukul 12 tengah malam. Ahli PSSCM daripada UTP telah bertungkus-lumus menyediakan keperluan program ini sejak dari pukul 4.30 petang lagi di tempat kejadian. Hasil mesyuarat daripada Barisan Exco PSSCM UTP untuk melantik Tenaga Pengajar (TP) dari PSSCM UTP untuk menguruskan program ini telah membuatkan program kali ini lebih istimewa.

Bermulanya pada pukul 9 malam itu, program yang bertemakan retro ‘ala-ala 60-an’ ini dimulakan dengan pendaftaran peserta dan mengambil gambar untuk di undi sebagai ‘orang paling hot’. Kemudian program di teruskan dengan jamuan makan yang disertai dengan bacaan doa makan daripada ahli PSSCM UTP sendiri. Majlis yang santai ini juga disertakan dengan persembahan daripada ahli tamat PSSCM UTP dan ahli sedang belajar iaitu UTP 25. Lawak jenaka daripada pengurusi majlis iaitu saudara Muhammad Khairi Bin Raslim ternyata menceriakan suasana pada malam program tersebut. Program diakhiri dengan acara ‘tukar hadiah’ di mana peserta program haruslah membawa hadiah masing-masing untuk ditukarkan dengan orang lain secara undian.

Program ini sendiri telah meninggalkan pelbagai kenangan manis kepada peserta yang mengikuti program ini. Suasana yang santai dan ditemani dengan hembusan angin malam daripada tasik UTP ternyata melegakan dan menenangkan kepada yang hadir . Semoga ikatan persahabatan antara ahli PSSCM akan terjalin lebih erat lagi dengan program-program seperti ini seiring dengan konsep ‘Bersama dan Bersatu’ yang dibawa oleh Y.M. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah kita. Penghargaan tidak terhingga diucapkan kepada AJK Penggerak program majlis makan malam kali ini dan semua yang hadir dan membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Berikut adalah beberapa gambar sepangjang aktiviti berlangsung.


Para peserta sedang mengambil makanan

Jemput makan semua.
Para pemenang anugerah khas pada malam tersebut

Selamat Hari Lahir!

Antara persembahan yang diadakan

Sesi bergmabar beramai-ramai


Program Interaksi ke-21 PSSCM UTP



                Setelah berlangsungnya Program Pengambilan Ahli Baru UTP 27 dan Majlis Ijazah, suatu platform diperlukan untuk ahli-ahli baru mengenal ahli-ahli yang sedia ada di dalam PSSCM UTP. Justeru itu, PSSCM UTP telah mengadakan program Interaksi Ke-21, sebagai inisiatif dan pada masa yang sama mengeratkan hubungan antara ahli-ahli yang sedia ada.

                Pada kali ini program yang sangat di tunggu-tunggu oleh setiap ahli PSSCM UTP itu telah di adakan di Marina Chalet and Homestay bertempat di Cameron Highland. Program yang telah diadakan pada 15 hingga 17 Mac itu bukan hanya memfokuskan kepada seni mempertahankan diri melayu. Ahli jawatankuasa penggerak yang diketuai oleh Fazli Bin Jamalluddin bertungkus-lumus untuk memastikan program kali ini berjalan dengan lancar.

                  Majlis perasmian berlangsung pada malam 16 Mac 2013. Tetamu jemputan pada interaksi kali ini adalah Encik Sazarin Bin Sardomo, Ahli Jawatankuasa PSSCM, selaku perasmi pada malam tersebut. Selepas sesi perasmian selesai, agenda diteruskan dengan sesi perkongsian daripada Encik Sazarin sendiri, yang bertajuk 'Silat dan Agama'.

                Tujuan utama  program ini ialah untuk mewujudkan suasana yang sesuai dan selesa diantara ahli-ahli untuk mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan hubungan yang baik di antara ahli-ahli. Ini kerana modul-modul yang dilakukan semasa program memfokuskan kepada pembinaan hubungan yang baik diantara ahli yang baru dan lama. Gelak tawa sering kedengaran sewaktu program berlangsung menunjukkan bahawa ahli-ahli sedang menikmati suasana ceria tatkala melakukan aktiviti yang menarik dan sangat bermanfaat.

                  Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir bagi menjayakan program interaksi pada kali ini. Semoga ukhuwah yang terbina akan terus berkekalan dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa aktiviti berlangsung.






Sekitar Majlis Perasmian



Majlis Penutup


Semoga semua ahli dapat mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain setelah menghadiri program tersebut sekaligus mencapai tujuan dan matlamat sebenar program tersebut diadakan.