Kelas Latihan Terakhir PSSCM UTP Semester Januari 2013

Kelas terakhir PSSCM UTP pada semester Januari 2013 adalah pada 17 April 2013, iaitu seminggu sebelum bermulanya 'study week'. Berikut adalah beberapa gambar menunjukkan suasana kelas terakhir PSSCM UTP.

UTP 27 sedang melakukan latihan

Tenaga Pengajar UTP 26, Muhammad Azfar sedang memberikan tunjuk ajar kepada pelatih

Latihan buah jatuh oleh UTP 25


Sebelum kelas ditangguhkan, ucapan ringkas diberikan oleh Penyelia PSSCM UTP, Encik Abdul Halim Bin Saad. Seterusnya, semua kelas latihan pada malam tersebut ditangguhkan serentak ke semester hadapan. Sesi bergambar seterusnya dilakukan, sebagai tradisi bagi mengakhiri kelas latihan terakhir pada semester kali ini.

Kelas Latihan UTP 27

Kelas Latihan UTP 26

Kelas Latihan UTP 25

Ahli Tamat PSSCM UTP

Sesi bergambar beramai-ramai

Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang telah membantu menjadikan kelas latihan PSSCM UTP pada semester kali ini berlangsung dengan jayanya.

Peperiksaan Akhir Semester Januari 2013


Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Sama ada kita sedar atau tidak, ahli-ahli PSSCM UTP akan menjalani peperiksaan akhir semester tidak lama lagi. Jadi, kami di Jabatan Penerangan PSSCM UTP ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kali ini dengan jayanya. 

Pada waktu sekarang, susunlah jadual belajar anda. Sekiranya anda masih lemah dalam sesuatu mata pelajaran, rajin-rajinlah berjumpa denagn pensyarah, atau bertanyakan kepada rakan-rakan yang lebih faham akan subjek tersebut. Cuba buat soalan peperiksaan yang lepas, untuk membiasakan diri dengan bentuk soalan di dewan peperiksaan nanti.

Jangan membazirkan waktu 'study week' yang diebri oleh pihak universiti kepada kita. Sekiranya anda berasa tertekan, carilah medium yang sesuai untuk menenangkan perasaan tersebut seperti bersukan, mendengar muzik dan sebagainya.

Kenanglah semula jasa kedua ibu dan bapa kita yang telah membesarkan kita hingga ke hari ini. Sungguh tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Jangan kita sia-siakan harapan mereka. Tidak lupa juga, rajin-rajinlah berdoa kepada Allah S.W.T. Mudah-mudahan dikurniakan kesihatan yang baik, akal yang cerdas, serta ketenangan hati untuk belajar dan semasa menjawab peperiksaan nanti.

Kepada yang masih belum mengulangkaji, mulakan dari sekarang. Jangan mudah berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik pada semseter ini. Akhir kata, semoga berjaya kami ucapkan. Kalau bukan kita yang mampu dan akan mengubah nasib kita kepada yang labih baik, siapa lagi?

Jangan termenung sahaja sewaktu mengulangkaji. Gambar sekadar hiasan

Majlis Makan Malam 'UKK' Aje


5 April 2013, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi Petronas (PSSCM UTP)  telah menganjurkan program yang diberi nama sebagai Malam UKK Aje. Majlis makan malam kali ini adalah berkonsep santai dan julung-julung kalinya diadakan dengan bertemakan ‘Retro’. UKK adalah satu singkatan nama bagi ‘Untuk Kite-Kite’. Program ini bukan sahaja disertai oleh ahli PSSCM UTP malah turut disertai oleh ahli daripada PSSCM UiTM Seri Iskandar.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan ahli-ahli yang telah bertungkus-lumus menjayakan program dari awal semester dan meraikan hari lahir ahli-ahli daripada bulan Januari hingga April. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meraikan ahli-ahli daripada kelas latihan UTP 27 yang baru mendapat keputusan SPM yang cemerlang baru-baru ini.

Program yang bertempat di Pavillion UTP ini bermula daripada pukul 9 malam sehingga pukul 12 tengah malam. Ahli PSSCM daripada UTP telah bertungkus-lumus menyediakan keperluan program ini sejak dari pukul 4.30 petang lagi di tempat kejadian. Hasil mesyuarat daripada Barisan Exco PSSCM UTP untuk melantik Tenaga Pengajar (TP) dari PSSCM UTP untuk menguruskan program ini telah membuatkan program kali ini lebih istimewa.

Bermulanya pada pukul 9 malam itu, program yang bertemakan retro ‘ala-ala 60-an’ ini dimulakan dengan pendaftaran peserta dan mengambil gambar untuk di undi sebagai ‘orang paling hot’. Kemudian program di teruskan dengan jamuan makan yang disertai dengan bacaan doa makan daripada ahli PSSCM UTP sendiri. Majlis yang santai ini juga disertakan dengan persembahan daripada ahli tamat PSSCM UTP dan ahli sedang belajar iaitu UTP 25. Lawak jenaka daripada pengurusi majlis iaitu saudara Muhammad Khairi Bin Raslim ternyata menceriakan suasana pada malam program tersebut. Program diakhiri dengan acara ‘tukar hadiah’ di mana peserta program haruslah membawa hadiah masing-masing untuk ditukarkan dengan orang lain secara undian.

Program ini sendiri telah meninggalkan pelbagai kenangan manis kepada peserta yang mengikuti program ini. Suasana yang santai dan ditemani dengan hembusan angin malam daripada tasik UTP ternyata melegakan dan menenangkan kepada yang hadir . Semoga ikatan persahabatan antara ahli PSSCM akan terjalin lebih erat lagi dengan program-program seperti ini seiring dengan konsep ‘Bersama dan Bersatu’ yang dibawa oleh Y.M. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah kita. Penghargaan tidak terhingga diucapkan kepada AJK Penggerak program majlis makan malam kali ini dan semua yang hadir dan membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Berikut adalah beberapa gambar sepangjang aktiviti berlangsung.


Para peserta sedang mengambil makanan

Jemput makan semua.
Para pemenang anugerah khas pada malam tersebut

Selamat Hari Lahir!

Antara persembahan yang diadakan

Sesi bergmabar beramai-ramai