Sejak berkurun lamanya dan sehingga sekarang, setiap negara di dunia akan mempunyai bendera negara masing masing, sebesar atau sekecil mana sekalipun negara tersebut. Tidakkah ini akan membuatkan kita terfikir atau tertanya-tanya – adakah Negara Islam pertama di dunia yang telah ditegakkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah mempunyai bendera? Jika ya, bagaimanakah spesifikasi bendera tersebut dan apakah hukum pengambilannya?
Jika di zaman Khilafah dulu, anak-anak kaum Muslimin dibesarkan tanpa perlu diajar bahawa bendera umat Islam adalah bendera Rasulullah, kerana itulah apa yang mereka lihat dan mereka kibarkan. Namun di zaman ini, anak-anak kita dibesarkan dengan diajar dan dipaksa menerima bahawa bendera kita adalah bendera yang telah ditentukan oleh penjajah, si kafir British. Ada lebih 58 buah bendera, malah dipecahkan lagi dengan bendera negeri, kawasan, dan persatuan masing-masing. Jadi, tidak hairanlah jika kita atau anak-anak kita tidak mengenali bagaimanakah bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Itulah di antara kejayaan si kafir penjajah. Mereka berjaya membuatkan umat Islam lalai dan terus lupa akan wujudnya bendera Islam yang sebenarnya. Sistem pecah dan perintah yang amat selari dengan corak pemerintahan kafir British.
Negara Islam sebenarnya mempunyai bendera (al-liwa’) dan juga panji (ar-rayah). Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam semasa tegaknya Daulah Islamiyyah pertama di Madinah al-Munawwarah. Secara bahasanya, bendera dan panji di dalam bahasa Arab disebut ‘alam. Mengikut Kamus al-Muheet, dari akar kata rawiya, arrayah adalah al-’alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai rayaat.
Juga disebutkan dari akar kata lawiya bahawa alliwa’ adalah al-’alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai alwiyah. Secara syar’i, syara’ telah menjelaskan bahawa perkataan-perkataan di atas mempunyai maksud dan ciri-ciri yang tertentu iaitu:-
1) Bendera (Liwa’) adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna hitam. diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan,
“Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih.” Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, “Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’. Kalimah syahadah umat Islam. Rukun pertama dalam rukun Islam yang lima.
Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh amir (panglima / ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af’al).
Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya. Diriwayatkan dari Jabir, “Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa’) berwarna putih.” . An-Nasa’i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Usama ibn Zaid sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan bendera (liwa’) kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.
2) Panji (Rayah) adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna putih. Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (sama ada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, “Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali.” . Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division
ataupun regimen.
Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, “Kami datang ke Madinah, saat itu dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: “Ini panji-panjii apa?” Mereka pun menjawab: “(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba dari peperangan.”
Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafadz, “Aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal –ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu aku bertanya: “Ada apa dengan orang-orang itu?” Mereka menjawab: “Beliau Sallallahu ‘alaihi wa Sallam akan mengirim Amru Bin Ash ke suatu tempat.” Maksud ungkapan
“terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash. Dalam riwayat An Nasa’i, dari Anas, “Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.”
Panji ini akan dibawa ke medan peperangan. Panji juga berfungsi untuk menaikkan semangat tentera-tentera Islam ketika berperang. Amir yang membawa panju ini akan sentiasa memastikan panji ini tegak agar jelas dilihat oleh semua orang ketika di medan peperangan.
Wallahua'lam.
Program Pengambilan Ahli Baru PSSCM UTP
Diterbitkan oleh
PSSCM UTP
on Tuesday, May 24, 2011
/
Comments: (0)
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdu lillah. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dengan izin-Nya, berkat kekashih-Nya Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. berkat guru-guru, karamah ibu serta hikmah bapa Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi PETRONAS dengan ini sedang menjalankan program pengambilan baru bagi Semester Mei 2011. Untuk makluman semua, PSSCM UTP ada membuka kaunter pendaftaran sempena program ini. Melalui kaunter ini, para pelajar yang ingin mengetahui tentang Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia(PSSCM) boleh mengemukakan sebarang pertanyaan dan juga mendaftar sebagai ahli PSSCM bagi Kelas UTP. Kaunter pendaftaran di buka pada 23, 24 & 25 Mei 2011 di kafeteria USM manakala pada 30 &31 Mei 2011 akan dibuka di Poket D UTP dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Malam demonstrasi pula akan diadakan pada 31 Mei 2011 bertempat di Dewan Serbaguna UTP(MPH) bermula pada jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Bagi ahli-ahli PSSCM UTP yang berkelapangan, anda semua dijemput hadir bagi membantu pihak persatuan dan AJK penggerak bagi melancarkan dan memudahkan kerja-kerja program pengambilan ahli baru. Marilah kita bersama dan bersatu dalam menjalankan program ini agar Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia akan terus berkembang mekar di bumi Universiti Teknologi PETRONAS ini.
Wassalamualaikum w.b.t.
Kembali ke kampus UTP
Diterbitkan oleh
PSSCM UTP
on Friday, May 20, 2011
/
Comments: (0)
Assalamualaikum w.b.t. Moga semua pembaca berada di dalam keadaan sehat dan sejahtera hendaknya serta dalam limpahan rahmat Allah s.w.t. minggu hadapan akan bermula semester baru bagi pelajar UTP iaitu semester Mei 2011. Jarak antara semester kali ini dipisahkan oleh cuti yang singkat. Bagi sesetengah pelajar umpamanya pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal dan petroleum tahun kedua semester kedua mula bercuti pada hari ahad bersamaan 15hb Mei selepas kertas peperiksaan yang terakhir mereka yang berakhir pada jam 12.00 tengahari. 23 Mei iaitu hari Isnin akan bermulalah episod baru bagi semester Mei 2011. Pelbagai program akan dianjurkan oleh pihak PSSCM UTP pada semester ini. Orang kata, permulaan yang baik akan membawa kepada pengakhiran yang baik. Sejauh manakah benarnya kata-kata ini? Setiap inidvidu ada pandangannya yang tersendiri. Akan tetapi, sesiapa yang tidak mahu keciciran atau ketinggalan perlulah memulakan sesuatu tugasan mereka dengan penuh keazaman dan semangat. Pembukaan semester ini menyaksikan jawatankuasa pentadbiran PSSCM UTP akan menjalankan Program Pengambilan Ahli Baru UTP 24. Berat sama dipikul, rigan sama dijinjing. Tugas dalam menarik minat pelajar-pelajar baru untuk menyertai persatuan yang kita cintai ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kebanyakan anak-anak Melayu sekarang tidak berapa berminat dengan warisan seni kebudayaan kaum mereka sendiri. Tradisi dan seni beladiri dari negara lain lebih menarik pada pandangan mata mereka. Jadinya, sebagai ahli PSSCM UTP yang belajar serta mengamalkan seni silat pusaka warisan orang Melayu, kita harus berganding bahu dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menarik lebih ramai orang untuk menyertai persatuan kita agar seni warisan budaya orang Melayu ini dapat mengumpul dan menyatupadukan orang melayu seterusnya memartabatkan warisan budaya orang Melayu di persada dunia. Kita jumpa di Universiti Teknologi PETRONAS :-)