Kembali ke kampus UTP


     Assalamualaikum w.b.t. Moga semua pembaca berada di dalam keadaan sehat dan sejahtera hendaknya serta dalam limpahan rahmat Allah s.w.t. minggu hadapan akan bermula semester baru bagi pelajar UTP iaitu semester Mei 2011. Jarak antara semester kali ini dipisahkan oleh cuti yang singkat. Bagi sesetengah pelajar umpamanya pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal dan petroleum tahun kedua semester kedua mula bercuti pada hari ahad bersamaan 15hb Mei selepas kertas peperiksaan yang terakhir mereka yang berakhir pada jam 12.00 tengahari. 23 Mei iaitu hari Isnin akan bermulalah episod baru bagi semester Mei 2011. Pelbagai program akan dianjurkan oleh pihak PSSCM UTP pada semester ini. Orang kata, permulaan yang baik akan membawa kepada pengakhiran yang baik. Sejauh manakah benarnya kata-kata ini? Setiap inidvidu ada pandangannya yang tersendiri. Akan tetapi, sesiapa yang tidak mahu keciciran atau ketinggalan perlulah memulakan sesuatu tugasan mereka dengan penuh keazaman dan semangat. Pembukaan semester ini menyaksikan jawatankuasa pentadbiran PSSCM UTP akan menjalankan Program  Pengambilan Ahli Baru UTP 24. Berat sama dipikul, rigan sama dijinjing. Tugas dalam menarik minat pelajar-pelajar baru untuk menyertai persatuan yang kita cintai ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kebanyakan anak-anak Melayu sekarang tidak berapa berminat dengan warisan seni kebudayaan kaum mereka sendiri. Tradisi dan seni beladiri dari negara lain lebih menarik pada pandangan mata mereka. Jadinya, sebagai ahli PSSCM UTP yang belajar serta mengamalkan seni silat pusaka warisan orang Melayu, kita harus berganding bahu dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menarik lebih ramai orang untuk menyertai persatuan kita agar seni warisan budaya orang Melayu ini dapat mengumpul dan menyatupadukan orang melayu seterusnya memartabatkan warisan budaya orang Melayu di persada dunia. Kita jumpa di Universiti Teknologi PETRONAS :-)

0 komen: