DEMONSTRASI PENGAMBILAN AHLI BARU PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCMUTP) JAN 2017.
Pada tanggal 16 Januari 2017 yang lalu, PSSCMUTP telah mengadakan Minggu Silat Cekak. Minggu Silat Cekak ini telah berlangsung selama seminggu bermula dari 16 Januari 2017 sehingga 20 Januari 2017. Ahli-ahli PSSCMUTP telah bertukus lumus menjayakan program ini dengan mengadakan pameran pada siang hari dan mempamerkan demonstrasi pada malam hari di kafe-kafe. Dr Mohd Azuwan b Moinser dan Encik Mohamad Hafiz b Mohamad Fadzil telah dijemput untuk memberi penerangan pada malam demonstrasi. Berikut adalah butiran program tersebut:

Kafe V2 - Isnin, 16.1.2017
            Pameran (11.00 am-3.00 pm)
            Demonstrasi (8.30 pm-9.30pm)
                        -Pegawai penerangan: Dr Mohd Azuwan b Moinser

CIMB Bank - Selasa, 17.1.2017
            Booth (9.00 am-3.00 pm)

Kafe V3 - Rabu, 18.1.2017
            Pameran (9.00 am-3.00 pm)
            Demonstrasi (9.30pm-10.30pm)
                        -Pegawai penerangan: Encik Mohamad Hafiz b. Mohamad Fadzil

Kafe V4 - Khamis, 19.1.2017
            Pameran (9.00 am-3.00 pm)

Kafe V5 - Jumaat, 20.1.12017
            Pameran (9.00 am-12.00 pm)
            Demonstrasi (9.00pm-10.00pm)
                        -Pegawai penerangan: Dr Mohd Azuwan b. Moinser


Dr Mohd Azuwan b Moinser selaku Penasihat PSSCMUTP memberi penerangan 
mengenai PSSCMUTP pada malam pertama demonstrasi.

Skuad demonstrasi PSSCMUTP melakukan demonstrasi pada 
hari pertama Minggu Silat Cekak.

Encik Mohamad Hafiz b Mohamad Fadzil telah dijemput untuk memberi 
penerangan pada malam kedua demonstrasi. 

Barisan Skuad Demonstrasi PSSCMUTP menbuat demonstrasi di kafe V3

Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr Mohd Azuwan b Moinser, Penasihat PSSCMUTP dan En. Mohamad Hafiz Bin Mohamad Fadzil selaku Ketua Penerangan PSSCM Cawangan Perak kerana sudi menjadi pegawai penerangan pada malam demonstrasi dan penerangan. Tidak lupa juga kepada skuad demonstrasi serta AJK penggerak kerana telah bertungkus-lumus menjayakan Minggu Silat Cekak.
EXPLORACE  DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIFITRI GURU UTAMA DAN PRESIDEN BERSAMA AHLI-AHLI PSSCM 2016 PERINGAKAT KEBANGSAAN


Pada tanggal 23 Julai 2016 bersamaan 18 Syawal 1437H yang lalu, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah mengadakan Program Explorace Cekak dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Guru Utama dan Presiden Bersama Ahli-ahli PSSCM 2016 peringkat Kebangsaan bertempat di Dewan Bandaraya Ipoh. Program Explorace Cekak ini telah berjaya mendapat banyak tajaan daripada syarikat-syarikat dan badan organisasi terkemuka seperti MAROZ, Insepro, Metro dan Tourism Malysia. Cawangan Perak telah menghantar dua kumpulan iaitu dari Kolej Universiti Islam  Kuala Kangsar dan Politeknik Ungko Omar untuk menyertai program tersebut. 


Aktiviti tersebut bermula pada pagi 23 Julai 2016 di mana peserta-peserta Explorace Cekak memulakan ekspedisi mereka menyelesaikan setiap cabaran yang diberi. Manakala Majlis Sambutan Aidilfitri diteruskan pada sebelah malam dimana ahli-ahli PSSCM disajikan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan daripada setiap cawangan.









Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini . Tidak lupa juga kepada barisan AJK Cawangan, Tenaga Pengajar, Ahli Tamat & Ahli-ahli PSSCM yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung serta memberikan 100% sokongan kepada Cawangan Perak untuk menjadi tuan rumah bagi program Explorace Cekak dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk kali ini. Tanpa penyatuan kita semua, tidak mungkin kejayaan yang manis itu dapat kita kecapi. 


Bersama dan Bersatu.
DEMONSTRASI DAN PENERANGAN DI UITM SERI ISKANDAR

Pada Tanggal 17 Julai 2016 yang lalu, telah berlangsung Malam Demonstrasi dan Penerangan PSSCM UITM Seri Iskandar sempena pengambilan ahli baru UITM 36. Pada malam tersebut kami memulakan demonstrasi agak lewat kira-kira pada jam 9.00 malam atas sebab masalah yang tidak dapat dielakkan.

Ketua Penerangan PSSCM Cawangan Perak En. Mohamad Hafiz b. Mohamad Fadzil.

En. Mohamad Hafiz b. Mohamad Fadzil selaku Ketua Penerangan PSSCM cawangan Perak telah dijemput bagi memberi penerangan tentang PSSCM pada majlis demonstrasi dan penerangan pada malam itu.

Antara ahli PSSCMUTP yang terlibat pada malam tersebut.

Seramai 15 orang ahli PSSCMUTP telah mengambil bahagian dalam demonstrasi pada malam tersebut dan sambutan dari pada para penonton amat menggalakkan terutamanya di kalangan pelajar perempuan. Penonton dipersembahkan dengan berbagai adegan sewaktu demonstrasi berlangsung. 

En. Mohamad Hafiz b. Mohamad Fadzil sedang memberikan penerangan mengenai PSSCM.


Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Hafiz Bin Mohamad Fadzil selaku Ketua Penerangan PSSCM Cawangan Perak kerana sudi menjadi pegawai penerangan pada malam tersebut dan tidak lupa juga kepada skuad demonstrasi serta AJK penggerak  kerana telah bertungkus-lumus menjayakan malam demonstrasi dan penerangan. Alhamdu lillah.

Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM)


24 JANUARI 2015 : Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) telah diadakan bagi membantu mangsa banjir di daerah Perak Tengah. Program anjuran bersama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) selama dua hari ini juga membabitkan sukarelawan kakitangan The New Straits Time Press (Malaysia) Berhad, ahli PSSCM, Kelab Basikal Harian Metro (HMCC) dan Big Bike Riders.
Pada program ini, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi Petronas (PSSCMUTP) turut bersama turun padang bersama - sama ahli PSSCM Cawangan Perak yang lain untuk membantu mangsa banjir yang memerlukan pertolongan. Turut bersama dalam program ini ialah Pengerusi Sambutan Perayaan Jubli Emas PSSCM En. Mohd Fizol bin Mohd Saad. Rata - rata ahli PSSCMUTP yang terlibat dengan program ini begitu bersemangat membantu mereka yang memerlukan pertolongan di sana. Antara barangan yang di sumbangkan kepada mereka ialah beras, minyak, tepung dan makanan. Program ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka yang dilanda banjir buruk yang berlaku pada baru-baru ini.
" Saya begitu teruja apabila diberitahu ada program sukarelawan pasca banjir dan cepat - cepat saya mendaftarkan diri untuk menjadi sukarelawan. Ini adalah pengalaman paling berharga yang tidak dapat diperoleh di mana - mana". Kata - kata tersebut menggambarkan semangat yang ditunjukkan oleh salah seorang ahli PSSCMUTP, Muhammad Khairi bin Roslim yang terlibat dalam program ini. Walaupun penat, kami tetap bersemangat untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Program ini banyak memberi pengalaman kepada kami untuk bersama dan bersatu dalam mengatasi sesuatu masalah dan cabaran. Program ini secara tidak langsung dapat memupuk sifat saling membantu antara satu sama lain.
Kami juga berharap bantuan yang disumbangkan ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Akhir kalam, kami berharap penduduk yang dilanda banjir tabah dan cekal dalam menghadapi musibah bencana alam ini. Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku itu pasti mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

BERSAMA DAN BERSATU





Kami masih sempat bergambar walaupun kepenatan hehe

Sebahagian daripada ahli - ahli PSSCM yang terlibat dengan program ini

Semester Januari 2015 kini telah bermula!!!


             Maka dengan itu, tidak terlewat rasanya utk kami daripada PSSCM UTP ingin mengucapkan Selamat Kembali ke kampus Universiti Teknologi PETRONAS buat rakan - rakan seperjuangan sekalian.

            Seiring dengan tahun baru dan semester baru ini, marilah kita bersama tanamkan azam & semangat yang baru. Ikhlaskan niat belajar kita hanya untuk Allah Ta'ala dan semoga setiap langkah kita pada semester ini senantiasa di bawah keredhaanNya.
"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga."
[Riwayat Muslim]


KONVOKESYEN KE-31 (ZON UTARA PSSCM) DAN FORUM



'Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'.

Itulah pepatah yang paling tepat buat ahli-ahli PSSCM UTP yang baru sahaja menerima sijil untuk Ujian Sijil Rendah Silat Cekak setelah setahun lebih berhempas-pulas mempersiapkan diri mempelajari silibus pelajaran Silat Cekak serta turut menjalani Ujian Teori dan Ujian Praktikal, maka majlis konvokesyen ini dilangsungkan khusus bagi tujuan meraikan usaha mereka.

Majlis Konvokesyen ke-31 Zon Utara dan Forum PSSCM bagi telah berjaya disempurnakan dengan penuh adat istiadat Melayu pada 06 Disember 2014 yang lalu di Dewan Serbaguna Ibn Hazm, UNIKL-MSI, Kulim, Kedah. Majlis ini turut dihadiri oleh Guru Utama dan Presiden PSSCM, YM Datuk Hj Maideen Bin Kadir Shah dan Ahli Parlimen Seberang Perai, YB. Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican sekaligus menjadi perasmi majlis tersebut.

Seramai 13 orang ahli dari PSSCM UTP telah menerima sijil pada majlis konvokesyen tersebut. Lapan orang daripada mereka mendapat kelulusan kepujian. Majlis yang bermula pada pukul 8.45 pagi dan berakhir pada pukul 6.15 petang berlangsung dengan meriah dan penuh istiadat.

PSSCM UTP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat semua peserta yang telah berjaya menerima sijil.

Bersama dan bersatu.





Kegembiraan jelas terpancar dari setiap wajah ahli-ahli PSSCM UTP

Program Interaksi PSSCM UTP kali ke-22



Pada 07-09 November yang lalu, PSSCM UTP telah mengadakan sebuah program yang sering dinanti-nantikan oleh ahli-ahlinya, iaitu Program Interaksi PSSCM UTP Kali Ke-22.

Ahli-ahli PSSCM UTP mula bertolak ke Joy Chalet, Kg Changkat Chermin Ayer Tawar, Perak pada pukul 2.30 petang pada hari Jumaat. Program tahunan diadakan bertujuan utama untuk memperkenalkan PSSCM UTP dan PSSCM amnya secara lebih dekat dan intensif di dalam persekitaran kekeluargaan kepada ahli-ahli baru di samping dapat mengukuhkan tali ukhuwah di antara ahli.

Aktiviti selama 3 hari 2 malam ini telah mendapat pelbagai respon positif daripada ahli-ahli baru malah hubungan antara kami lebih erat dan mereka semakin seronok mengecapi kemanisan berpersatuan. Sepanjang program ini berlangsung, banyak modul-modul menarik yang dijalankan di mana turut menyediakan beberapa info berguna dan pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasikan dalam berpersatuan serta kehidupan harian.

Semoga ikatan yang telah terbina ini akan terus kukuh dan jumpa lagi di Program Interaksi yang seterusnya !




Majlis Sambutan Hari Raya & Rumah Terbuka PSSCM Peringkat Cawangan Perak

Pada tanggal 16 Ogos 2014 yang lalu, PSSCM Cawangan Perak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya & Rumah Terbuka PSSCM Peringkat Cawangan Perak bertempat di kediaman Saudara Mohd Azuwan bin Moinser di Seri Iskandar. 

Bersama memeriahkan suasana.


Menikmati hidangan yang tersedia.

Gadis-gadis belakang tabir

Makanan untuk semua.



Di 'photo booth' yang telah disediakan

Siap berkhidmat!



Majlis yang secara rasminya bermula pada pukul 8.30 malam tersebut dapat menggambarkan betapa kukuh dan rapatnya ukhuwah antara ahli PSSCM sendiri. PSSCM UTP dan PSSCM UiTM Seri Iskandar telah berganding bahu dalam menjayakan Majlis sambutan kali ini bermula daripada awal pagi dengan menyediakan susun atur tempat, serba sedikit juadah malah dekorasi lokasi. Usaha kerjasama dua IPT ini telah membuahkan hasil yang memberansangkan apabila majlis kali ini tampak meriah dan santai. Program-program beginilah yang membuatkan tali silaturrahim antara ahli kian utuh. Ahli-ahli PSSCM bukanlah mempunyai aktiviti sekadar bersilat mempertahankan diri, namun di sini kami temui sinar sebuah keluarga, sahabat dan saudara. 

Majlis Rumah Terbuka ini bersurai pada pukul 11 malam. Meskipun kami keletihan, keseronokan dapat berkumpul dan bertemu sahabat handai melebihi segalanya dan tidak mungkin ada tolok bandingannya. Setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih dan Syabas buat Barisan AJK Cawangan, Tenaga Pengajar, Ahli Tamat, AJK Penggerak Majlis & Ahli-ahli PSSCM yang sama-sama turun padang dalam menjayakan majlis kali ini. 

Bersama & Bersatu.

Program Treasure Hunt Cekak dan Sambutan Aidilfitri Guru Utama bersama Ahli-Ahli PSSCM

Pada 09 Ogos 2014 yang lalu, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah mengadakan Program Treasure Hunt Cekak dan Sambutan Aidilfitri Guru Utama bersama Ahli-Ahli PSSCM peringkat Pusat bertempat di Pantai Balok, Kuantan, Pahang. Program Treasure Hunt telah berjaya mendapatkan banyak tajaan daripada syarikat-syarikat dan badan organisasi terkemuka seperti PDRM, TV3, TM dan Maroz. Cawangan Perak telah menghantar sepuluh kumpulan untuk menyertai program ini. 

Aktiviti tersebut bermula pada pagi 09 Ogos 2014 di mana peserta-peserta Treasure Hunt Cekak memulakan ekspedisi mereka menyelesaikan setiap cabaran yang diberi. Manakala Majlis Sambutan Aidilfitri Guru Utama diteruskan pada sebelah malam dimana ahli-ahli PSSCM disajikan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan daripada setiap cawangan. Lebih membanggakan, dua kumpulan Treasure Hunt Cekak Cawangan Perak telah berjaya merangkul gelaran Naib Johan dan Tempat ke-3 pada program tersebut. 



Naib Johan


Tempat ke-3

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan. Tidak lupa juga kepada barisan AJK Cawangan, Tenaga Pengajar, Ahli Tamat & Ahli-ahli PSSCM yang turut membantu secara lansung mahupun tidak lansung serta memberikan 100% sokongan kepada semua kumpulan Cawangan Perak. Tanpa penyatuan kita semua, tidak mungkin kejayaan yang manis itu dapat kita kecapi. Pergi membawa harapan, pulang menggenggam kejayaan. 

Bersama dan Bersatu.

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Teknologi PETRONAS (PSSCM UTP) ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester buat semua ahli PSSCM UTP sekalian.

       Manfaatkanlah masa yang berbaki ini untuk persiapkan diri untuk berjuang di medan peperiksaan. Di samping kita sibuk dengan mengulangkaji pelajaran, jangan sesekali kita lupa untuk sentiasa berdoa dan memohon kepada-Nya. Pinta juga restu kedua ibu dan bapa kita, para pensyarah kita, agar doa mereka sentiasa mengiringi kita.

       Kami mendoakan semoga sahabat-sahabat sekalian mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ini.

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kita semua. Bittaufiq Wannajah. Amin.

'Sekiranya kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertawakal."
-Al Imran : 159-


Man Jadda Wajada


PENGAMBILAN AHLI BARU UTP 30



Tanggal 27 Mei 2014, telah berlangsung Malam Demonstrasi dan Penerangan PSSCM UTP sempena pengambilan ahli baru UTP 30. Malam tersebut kami memulakan demonstrasi agak lewat kira-kira pada jam 11 malam atas sebab masalah yang tidak dapat dielakkan.
En. Mohamad Hafiz Bin Mohamad Fadzil selaku Ketua Penerangan PSSCM cawangan Perak telah dijemput bagi memberi penerangan tentang PSSCM pada majlis demonstrasi yang julung kali diadakan di perkarangan V1D itu.
 Seramai 24 orang ahli PSSCMUTP telah mengambil bahagian dalam demonstrasi pada malam tersebut dan sambutan dari pada para penonton amat menggalakkan. Penonton disajikan dengan berbagai adegan sewaktu demonstrasi berlangsung. 


Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Hafiz Bin Mohamad Fadzil selaku PSSCM cawangan perak kerana sudi menjadi pegawai penerangan pada malam tersebut dan tidak lupa kepada skuad demonstrasi serta AJK penggerak Malam demonstrasi tersebut kerana telah bertungkus-lumus menjayakan malam demonstrasi dan penerangan. Walaupun terdapat sedikit masalah, progam pada malam tersebut tetap berjalan dengan lancar. Alhamdu lillah.

Skuad demonstrasi PSSCM UTP bergambar kenangan bersama Ketua Penerangan PSSCM Caw. Perak, En. Mohamad Hafiz Bin Mohamad Fadzil
Ketua Penerangan PSSCM Caw. Perak, En. Mohamad Hafiz Bin Mohamad Fadzil menerima cenderamata daripada Presiden PSSCM UTP, Saudara Mohamad Khairul Zulfadly Bin Mohd Izham

Semoga dengan berlangsungnya malam demonstrasi dan penerangan dapat membantu sedikit sebanyak dalam menjayakan misi pengambilan ahli baru PSSCM UTP.