Majlis Sambutan Hari Raya & Rumah Terbuka PSSCM Peringkat Cawangan Perak

Pada tanggal 16 Ogos 2014 yang lalu, PSSCM Cawangan Perak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya & Rumah Terbuka PSSCM Peringkat Cawangan Perak bertempat di kediaman Saudara Mohd Azuwan bin Moinser di Seri Iskandar. 

Bersama memeriahkan suasana.


Menikmati hidangan yang tersedia.

Gadis-gadis belakang tabir

Makanan untuk semua.



Di 'photo booth' yang telah disediakan

Siap berkhidmat!



Majlis yang secara rasminya bermula pada pukul 8.30 malam tersebut dapat menggambarkan betapa kukuh dan rapatnya ukhuwah antara ahli PSSCM sendiri. PSSCM UTP dan PSSCM UiTM Seri Iskandar telah berganding bahu dalam menjayakan Majlis sambutan kali ini bermula daripada awal pagi dengan menyediakan susun atur tempat, serba sedikit juadah malah dekorasi lokasi. Usaha kerjasama dua IPT ini telah membuahkan hasil yang memberansangkan apabila majlis kali ini tampak meriah dan santai. Program-program beginilah yang membuatkan tali silaturrahim antara ahli kian utuh. Ahli-ahli PSSCM bukanlah mempunyai aktiviti sekadar bersilat mempertahankan diri, namun di sini kami temui sinar sebuah keluarga, sahabat dan saudara. 

Majlis Rumah Terbuka ini bersurai pada pukul 11 malam. Meskipun kami keletihan, keseronokan dapat berkumpul dan bertemu sahabat handai melebihi segalanya dan tidak mungkin ada tolok bandingannya. Setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih dan Syabas buat Barisan AJK Cawangan, Tenaga Pengajar, Ahli Tamat, AJK Penggerak Majlis & Ahli-ahli PSSCM yang sama-sama turun padang dalam menjayakan majlis kali ini. 

Bersama & Bersatu.

0 komen: