"KELEMAHAN umat Islam bukan kerana kekuatan orang kafir sebab Allah SWT tidak beri pertolongan kepada orang kafir tetapi kepada kita (umat Islam). Jadi, kekuatan itu sepatutnya pada kita," kata pendakwah yang juga Ahli Majlis Agama Negeri, Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki.
Beliau yang juga Penasihat Yayasan Sofa berkata, sebaliknya, umat Islam lemah dan tidak memiliki kekuatan kerana tiada sebab yang melayakkan mereka untuk mendapat kekuatan.
"Kita tidak ada perpaduan dan perhubungan di antara satu jemaah Islam. Apabila hendak bersalam (sesama umat Islam) kita tolak tetapi orang kafir kita terima. Inilah gambaran sifat ahli bidaah atau kumpulan ajaran sesat zaman dulu.
"Puak Khawarij mengkafirkan orang Islam sewenang-wenangnya. Apabila orang itu buat dosa besar dikafirkan, sedangkan kita ahli Sunnah Wal Jamaah tak nafikan orang itu. Inilah yang jadi sekarang, bersalam dengan orang kafir, orang Islam kita tikam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan pidato pada Malam Apresiasi Generasi Salahuddin al-Ayyubi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, sempena Muktamar Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Hadir sama, Presiden Abim, Yusri Mohamad.
Syeikh Muhammad Fuad berkata, bab kepentingan perpaduan di kalangan umat Islam pernah disebut Nabi Muhammad SAW apabila Baginda sujud terlalu lama ketika solat sehingga sahabat menyangka Baginda sudah wafat.
Katanya, apabila ditanya sahabat selepas bangkit daripada sujud, Rasulullah bersabda Baginda memohon tiga perkara daripada Allah dan antaranya ialah meminta dijauhkan umat Islam daripada binasa disebabkan tangan sendiri.
"Kita binasa sebab kita tidak bersatu. Kita boleh berjabat salam dengan orang kafir tetapi kita tidak pedulikan orang Islam yang mahu bersalam dengan kita. Sebaliknya, kita perangi dan caci orang Islam serta buka keaiban di hadapan musuh Islam.
"Siapa akhirnya yang untung? Siapa yang bertepuk tangan disebabkan perpecahan umat Islam? Sebab itu Salahuddin membersihkan kerajaannya daripada anasir bidaah dan mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha membebaskan Baitulmaqdis.
"Hari ini kita mengasaskan jemaah kita di atas asas yang begitu rapuh. Kita kata berdakwah ke jalan Allah tetapi kita tidak kenal siapa Allah. Kita kata kita pendakwah Islam tetapi kita tidak kenal apa itu Islam sebenarnya yang dibawa oleh Rasulullah," katanya.
Beliau memberikan analogi bagaimana hendak membawa rakannya dari Ampang untuk menghadiri program keagamaan di Shah Alam jika beliau tidak tahu jalan ke bandar raya itu.
Syeikh Muhammad Fuad berkata, keadaan itu akan menyebabkan beliau tersesat jalan dan rakan yang dibawanya bersama turut sesat.
Beliau seterusnya berkata, kepercayaan kepada mazhab tidak menyebabkan umat Islam berpecah-belah, sebaliknya fahaman mazhab menyatukan umat Islam.
Bagaimanapun, katanya, ia bukan bermaksud wajib bagi umat Islam bermazhab tetapi wajib kepada orang yang tidak ahli dalam agamanya kerana mazhab mengeluarkan hukum kepada al-Quran dan hadis.
"Jadi, kita ikutlah pendapat orang yang lebih faham dan mahir. Kalau kita membiarkan semua orang memegang fahaman sendiri terhadap al-Quran dan hadis dalam keadaan tidak layak, saya khuatir bukan setakat empat mazhab yang ada tetapi lebih 20 juta mazhab di Malaysia," katanya.
Bagaimanapun, katanya, Malaysia hari ini tidak mundur kerana umat Islamnya mempelajari mazhab Shafie yang menganjurkan Sunnah Wal Jamaah sehingga membawa keamanan dan kemajuan.
Katanya, jika tidak, Malaysia hari ini mungkin akan menjadi negara seperti Iraq dan Pakistan.
Beliau seterusnya mengajak pemimpin Islam di negara ini supaya bersatu kerana pada hakikatnya perselisihan itu hanya di luaran saja dan bukan dalaman.
Katanya, ia hanya salah faham di antara pemimpin parti Islam dalam memahami Islam dalam erti kata sebenar dan bukan tidak boleh hidup bersama.
Syeikh Muhammad Fuad berkata, umat Islam disuruh menyelesaikan masalah menerusi muzakarah dan berdakwah, malah Nabi Musa turut disuruh oleh Allah SWT supaya berdakwah kepada Firaun.
"Kalau Nabi Musa disuruh berdakwah, kenapa kita tidak boleh berdakwah kepada pemimpin yang kita kata fasiklah sedangkan yang paling fasik ialah Firaun. Ini kerana tidak ada orang mengaku Tuhan selain Firaun.
"Nabi Musa disuruh memuji dan bercakap lembut dengan Firaun. Itu etika yang diajar oleh Allah SWT. Tetapi kita tidak, kadangkala cara kita menyebabkan orang lari daripada kita. Itu masalahnya," katanya.
Beliau seterusnya mengajak umat Islam menjadikan kejayaan Salahuddin (1137-1193), antaranya pemimpin Islam membebaskan kota Baitulmaqdis daripada tentera salib, sebagai teladan kerana kecemerlangannya memimpin ummah sehingga kini sukar ditandingi.
Mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurd di Mesir dan Syria, Salahuddin terkenal di kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua serta ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kepahlawanan dan belas kasihannya ketika Perang Salib.
Mengimbas kebangkitan Salahuddin dan tenteranya sebagai watak pejuang agama dan pembebasan wilayah yang dijajah, beliau berkata, siapa yang dekat dengan Salahuddin mengenalinya sebagai seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun.
Katanya, sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian, malah ahli sejarah Kristian pun mengakui hal itu.
Mengikut sejarah, khalifah Abasiyyah mengisytiharkan Salahuddin sebagai Sultan Mesir pada Mei 1175 Masihi dan pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
Ketika berlaku perang Salib kedua pada 1187 Masihi, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin dan dipimpin sendiri oleh Salahuddin hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.
Dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian mencetuskan Perang Salib ketiga pada 1192 Masihi apabila mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam.
Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka gagal menggugat kekuatan tentera Salahuddin.
Pihak Kristian mengalami kekalahan apabila ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.
Salahuddin meninggal dunia ketika berumur 55 tahun di Damsyik, Syria selepas memerintah selama 25 tahun tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan.
Sebaliknya Salahuddin dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas, tidak cukup untuk membeli kain kafan dan mengupah penggali makamnya.
Dipetik dari tulisan Wan Jailani Razak
( Umat Islam harus bersatu. Ayat biasa yang disebut oleh kebanyakan orang disaat ini dimana mereka rasakan orang Islam semakin menuju kearah kebinasaan. Akan tetapi, cubalah kita buka www.silatcekak.org. Buka pada bahagian misi silat cekak. Misi silat cekak itu sendiri ingin :
' Memimpin dan membentuk ahli-ahli PSSCM khususnya dan orang Melayu amnya supaya beriman dan bersatu untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara'
Pengasas PSSCM, YM Almarhum Ust Hj Hanafi sudah membawa perjuangan menyatupadukan orang Melayu Muslim sejak 46 tahun dahulu lagi. Kemudian misi ini disambung pula oleh YM Ust Hj Ishak dan kini, YM Datuk Hj Maideen. Jelas dapat kita lihat ajaran guru kita tentang kebersatuan dalam menegakkan dan mempertahankan agama, bangsa dan negara sudah wujud sejak dari dahulu lagi.)
Teringat satu ketika dahulu..saya berjalan ke kelas akademik di kompleks canselor..saudara Presiden kita yang sekarang, Saudara Nor Fakhrul (chow) bertanya pada seorang kawan saya yang alim (tahu banyak jugak tentang ilmu agama la kiranya banding saya).. Ape sunnah terbesar Rasulullah S.A.W ? (Presiden dah tahu tapi saje nak jolok member ni.. dan kawan ni pun menjawab..sunnah terbesar Rasulullah S.A.W adalah bersatu..bersatu untuk buat benda jahat memang senang tapi untuk bende baik pasti akan ada sahaja halangan yang menimpa..yang penting ingat selalu pesan guru..)
Berjalan-jalan menuju menjuru
Usahlah asyik terburu-buru
Ingat lalu ajaran Guru
Marilah kita Bersama dan Bersatu
semoga saudara pengarah intake, saudara Zul dapat menjalankan tugasnya dengan baik =)
( kami sentiase support dari belakang! )
0 komen:
Post a Comment