18 Dec 2010, Tanjung Malim, Perak- Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah menganjurkan Karnival Waja Diri IPT PSSCM 1 Malaysia Kali Ke-4 Tahun 2010 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak yang juga merupakan anjuran bersama PSSCM Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sebanyak 49 pasukan daripada 28 universiti dan kolej seluruh Malaysia telah menyertai acara tahunan ini.
Karnival ini terbahagi kepada dua agenda penting iaitu pertandingan demonstrasi dan Majlis Makan Malam Perdana. Karnival WajaDiri IPT PSSCM 1 Malaysia Kali Ke-4 yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka di Dewan SITC. Manakala, Majlis Makan Malam Perdana telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan di Dewan Serbaguna Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).
Pertandingan demonstrasi ini merangkumi empat kategori dan peserta PSSCM UTP telah berjaya memenangi dua pingat perak bagi Kategori 2(wanita) dan Kategori 3 (lelaki). PSSCM UTP juga telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi juara keseluruhan kategori wanita.
Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Hj. Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama PSSCM semasa Majlis Penutup Karnival Waja Diri IPT PSSCM 1 Malaysia Kali Ke-4 di Dewan SITC pada pukul 5.00 petang.
0 komen:
Post a Comment