Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Teknologi PETRONAS (PSSCM UTP) ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester buat semua ahli PSSCM UTP sekalian.

       Manfaatkanlah masa yang berbaki ini untuk persiapkan diri untuk berjuang di medan peperiksaan. Di samping kita sibuk dengan mengulangkaji pelajaran, jangan sesekali kita lupa untuk sentiasa berdoa dan memohon kepada-Nya. Pinta juga restu kedua ibu dan bapa kita, para pensyarah kita, agar doa mereka sentiasa mengiringi kita.

       Kami mendoakan semoga sahabat-sahabat sekalian mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ini.

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kita semua. Bittaufiq Wannajah. Amin.

'Sekiranya kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertawakal."
-Al Imran : 159-


Man Jadda Wajada


PENGAMBILAN AHLI BARU UTP 30



Tanggal 27 Mei 2014, telah berlangsung Malam Demonstrasi dan Penerangan PSSCM UTP sempena pengambilan ahli baru UTP 30. Malam tersebut kami memulakan demonstrasi agak lewat kira-kira pada jam 11 malam atas sebab masalah yang tidak dapat dielakkan.
En. Mohamad Hafiz Bin Mohamad Fadzil selaku Ketua Penerangan PSSCM cawangan Perak telah dijemput bagi memberi penerangan tentang PSSCM pada majlis demonstrasi yang julung kali diadakan di perkarangan V1D itu.
 Seramai 24 orang ahli PSSCMUTP telah mengambil bahagian dalam demonstrasi pada malam tersebut dan sambutan dari pada para penonton amat menggalakkan. Penonton disajikan dengan berbagai adegan sewaktu demonstrasi berlangsung. 


Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Hafiz Bin Mohamad Fadzil selaku PSSCM cawangan perak kerana sudi menjadi pegawai penerangan pada malam tersebut dan tidak lupa kepada skuad demonstrasi serta AJK penggerak Malam demonstrasi tersebut kerana telah bertungkus-lumus menjayakan malam demonstrasi dan penerangan. Walaupun terdapat sedikit masalah, progam pada malam tersebut tetap berjalan dengan lancar. Alhamdu lillah.

Skuad demonstrasi PSSCM UTP bergambar kenangan bersama Ketua Penerangan PSSCM Caw. Perak, En. Mohamad Hafiz Bin Mohamad Fadzil
Ketua Penerangan PSSCM Caw. Perak, En. Mohamad Hafiz Bin Mohamad Fadzil menerima cenderamata daripada Presiden PSSCM UTP, Saudara Mohamad Khairul Zulfadly Bin Mohd Izham

Semoga dengan berlangsungnya malam demonstrasi dan penerangan dapat membantu sedikit sebanyak dalam menjayakan misi pengambilan ahli baru PSSCM UTP.

Majlis Konvokesyen PSSCM ke-29 dan Perkhemahan Perdana PSCCM Se-Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Aktiviti PSSCM di peringkat kebangsaan diteruskan lagi dengan majlis Konvokesyen PSSCM Ke-29 Zon Timur yang diadakan pada 23 November 2013 bersamaan 19 Muharam 1435H bertempat di Grand Hall,Office Of The Campus Director, UIAM Kuantan.

Seramai 28 orang ahli PSSCMUTP telah  menghadiri majlis ini. Majlis dimulakan dengan ketibaan YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama PSSCM dan YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, Rektor UIAM Kuantan.




Antara ahli-ahli PSSCM UTP yang menerima sijil

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Guru Utama PSSCM, YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah dan diakhiri dengan ucapan dan perasmian daripada YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, rector UIAM Kuantan. Penyerahan watikah dan penyampaian sijil menjadi agenda seterusnya sebelum majlis menjemput para hadirin untuk menjamu selera. Seramai 20 orang ahli dari UTP telah memperoleh sijil dan 5 orang daripadanya  telah berjaya mendapat pangkat Kepujian. Jumlah peserta yang menerima sijil pada majlis Konvokesyen kali ini adalah seramai 372 orang.

Ahli-ahli PSSCM UTP dan UiTM Perak bergambar bersama YDP Cawangan Perak, En. Abdul Halim bin Saad

Pada sebelah petang, majlis diteruskan dengan Perkhemahan Perdana PSSCM Se-Malaysia, bertempat di Pantai Balok, Kuantan, Pahang. Kedua-dua acara yang diadakan di negeri Pahang ini adalah sempena menyambut 48 tahun PSSCM, 35 tahun PSSCM Cawangan Pahang dan 25 tahun PSSCM Cawangan Terengganu.


Ahli-ahli bersantai di Pantai Balok, Kuantan, Pahang

 Pada sebelah malam, telah diadakan Majlis Makan Malam yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mohd Johari Bin Hj Mohd Hussain Pengerusi JK Belia & Sukan Negeri Pahang mewakili YAB Datuk Seri Diraja Hj Adnan Bin Hj Yaakob Menteri Besar Pahang. Pada malam tersebut juga telah ditayangkan video-video dokumentari dan persembahan demonstrasi oleh ahli-ahli PSSCM Cawangan Terengganu dan diakhiri dengan nyanyian lagu Warisan Mutlak. 


Sebahagian Ahli-ahli PSSCM UTP di Majlis Makan Malam
Perkhemahan tersebut telah berakhir pada hari Ahad, 24 November bersamaan 20 Muharam. Diharapkan segala objektif telah tercapai melalui perkhemahan tersebut agar semua ahli mendapat manfaat sedikit sebanyak dari perkhemahan tersebut. 

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah menerima sijil pada majlis konvokesyen pada kali ini. Diharap anda semua terus aktif di dalam persatuan agar misi dan visi PSSCM tercapai.

Sekian, Terima Kasih.

Lain-lain gambar boleh dilayari di pautan ini:

https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.398248586973236&type=1

https://www.facebook.com/zainolnasri91/media_set?set=a.639261762787386.1073741841.100001107049303&type=1