Selamat Pengantin Baru pada Abang Sham dan Kak Zai =)

1 Januari 2012, rombongan dari UTP telah hadir ke Taiping, Perak bagi menghadiri kenduri kahwin Abg Sham. Dapatlah rehat sikit daripada latihan demo intake dan KWD secara berterusan. Rombongan bertolak dari UTP pada jam 10.30 pagi. Kemudian berhenti sebentar di RNR Bukit Gantang. Sesampai di tempat kenduri, hujan pun turun...


Semuanya berkumpul bersama-sama di pagi hari. Sekilas pandang orang akan ingat nak pegi beraya. Tapi sebenarnya nak pergi kenduri kahwin. Siapa lagi yang nak membawa pakaian dan budaya orang Melayu kalau bukan orang Melayu itu sendiri.

Tacing la pulak...adik ni manje sangat la..

Rombongan dari Perak bersama YDP Caw. Perak En. Abdul halim bin Saad.

Tok Kadi yang terlewat dan terperangkap dalam hujan.

Adik-adik bergambar dengan pengantin.




sweeeettt sangatttt....jangan jeles semua...  =P

Moga ikatan perkahwinan Abg Sham dan Kak Zai berkekalan hingga ke akhir hayat dan terus menyumbang bakti dalam PSSCM... Insya-Allah..


Selamat Berjaya Kawan-Kawan!!!

                              Badan tegap umpama raksasa,
                                    Bila bergaduh memang berbisa,
                              Ambil peperiksaan perkara biasa,
                                    Tapi kecut perut jugakla kalau nak jawab periksa...

Demikian rangkap pantun yang saya karang ketika berada di bilik V1C-031.
      
      Sebagai seorang pelajar, kita tidak boleh lari dari menduduki peperiksaan. Apa yang telah dipelajari akan dinilai melalui peperiksaan. Walhal, dalam silat cekak sendiri pun ada Ujian Sijil Rendah (USR). Usah khuatir sahabat-sahabatku, restu guru telah pun kita terima. Dapatkanlah pula restu dari ayah dan ibu. Mudah-mudahan dengan berkat guru-guru, karamah ibu dan hikmah bapa, kita mampu melakukan peperiksaan akhir semester ini dengan mendapat kejayaan yang diimpikan. Insya-Allah...

Ingat lagi waktu kecik-kecik dulu jawab periksa. Bangun awal pagi dan tidur pun awal. Sekarang dah besar, esok nak final exam, malam ni boleh lepak kedai mamak tengok bola..mungkin badan kita dah immune kot..anti-body dah bertambah la katekan..


Ingat lalu pesan Guru kita...
Perbanyakkan selawat dan istighfar...
Moga Allah yang Maha Esa membantu kita dalam perjuangan hidup ini...

Kelas Terakhir Semester September 2011

Sesudah berlatih sepanjang semester September 2011, 28 Disember 2011 merupakan tarikh dimana kelas terakhir bagi semester tersebut telah diadakan. Selepas ini, ahli-ahli UTP 23 dan UTP 24 akan menduduki peperiksaan akhir semester. Jangan risau sangat adik-adik. Anda semua pasti menjawab dengan baik.
Abang Daus dan Abang Pali bersama adinda-adindanya...

Akak-akak TP yang sedang cuba membuat aksi cumil...(sory to say, tak berapa menjadi)

Rilekla kak..jangan sedih sangat..semester depan dapat jumpa adik-adik lagi..

Bincang strategi bola ke ape ni? (Izzat Manaf cuba menenangkan Arif Nazmi)

Abg Daus bermesra dengan Adik Naqib.. (Lain macam)

Bincang tentang buah silat ke..?

Moga kemesraan antara kakak-kakak dan adik-adik terus terjalin hingga ke akhir hayat..

Penyelia Kelas UTP memberikan nasihat dan pesanan buat Ahli PSSCM UTP. Semoga apa yang disampaikan oleh penyelia kita, En. Abdul Halim bin Saad dapat kita jadikan sandaran pada masa-masa akan datang..Insya-Allah..

Khusyuk adik-adik ni mendengar ucapan dari penyelia...

Presiden PSSCM UTP, Saudara Nor Fakhrul bin Mohd Noor menerima surat lantikan sebagai Tenaga Pengajar bagi sesi setahun yang mendatang. Inilah individu penting yang banyak menggerakkan segala perancangan persatuan. Semoga pentadbiran beliau selaku Presiden akan terus mencapai kejayaan di bumi UTP ini.. Amiiinnn..
(Nama glamor beliau adalah Chow)

Gambar ramai-ramai selepas kelas..(janganla control sangat..relax sudeyh..)

Haaa...dah lame pendam nak buat gaya macam ni la tu..

Barisan Tenaga Pengajar PSSCM UTP dan Penyelia UTP...
Berdiri barisan belakang : Abg Daus, Abg Hazeeq, Abg Azfar, Abg Syahmi, Abg Khairi, Abg Afdhal & Abg Akiri
Duduk ditengah : Abg Azuwan, Abg Halim (Penyelia), Abg Fakhrul (Chow) & Abg Farid
Duduk dihadapan : Kak Emalisa, Kak Sabrina, Kak Faizzen & Kak Shameen

Tenaga pengajar yang akan menamatkan pengajian..
Selamat berjaya pada Abg Akiri, Abg Syahmi & Abg Khairi.

Kenape berebut pisau ni..kan pisau demo ade banyak..ambil sorang satu..

Menjamu selera..Durian pun ade tau..
(ade brader tu kereta die bau durian..sembur fabreeze banyak-banyakla bro)