EXPLORACE  DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIFITRI GURU UTAMA DAN PRESIDEN BERSAMA AHLI-AHLI PSSCM 2016 PERINGAKAT KEBANGSAAN


Pada tanggal 23 Julai 2016 bersamaan 18 Syawal 1437H yang lalu, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah mengadakan Program Explorace Cekak dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Guru Utama dan Presiden Bersama Ahli-ahli PSSCM 2016 peringkat Kebangsaan bertempat di Dewan Bandaraya Ipoh. Program Explorace Cekak ini telah berjaya mendapat banyak tajaan daripada syarikat-syarikat dan badan organisasi terkemuka seperti MAROZ, Insepro, Metro dan Tourism Malysia. Cawangan Perak telah menghantar dua kumpulan iaitu dari Kolej Universiti Islam  Kuala Kangsar dan Politeknik Ungko Omar untuk menyertai program tersebut. 


Aktiviti tersebut bermula pada pagi 23 Julai 2016 di mana peserta-peserta Explorace Cekak memulakan ekspedisi mereka menyelesaikan setiap cabaran yang diberi. Manakala Majlis Sambutan Aidilfitri diteruskan pada sebelah malam dimana ahli-ahli PSSCM disajikan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan daripada setiap cawangan.









Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini . Tidak lupa juga kepada barisan AJK Cawangan, Tenaga Pengajar, Ahli Tamat & Ahli-ahli PSSCM yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung serta memberikan 100% sokongan kepada Cawangan Perak untuk menjadi tuan rumah bagi program Explorace Cekak dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk kali ini. Tanpa penyatuan kita semua, tidak mungkin kejayaan yang manis itu dapat kita kecapi. 


Bersama dan Bersatu.
DEMONSTRASI DAN PENERANGAN DI UITM SERI ISKANDAR

Pada Tanggal 17 Julai 2016 yang lalu, telah berlangsung Malam Demonstrasi dan Penerangan PSSCM UITM Seri Iskandar sempena pengambilan ahli baru UITM 36. Pada malam tersebut kami memulakan demonstrasi agak lewat kira-kira pada jam 9.00 malam atas sebab masalah yang tidak dapat dielakkan.

Ketua Penerangan PSSCM Cawangan Perak En. Mohamad Hafiz b. Mohamad Fadzil.

En. Mohamad Hafiz b. Mohamad Fadzil selaku Ketua Penerangan PSSCM cawangan Perak telah dijemput bagi memberi penerangan tentang PSSCM pada majlis demonstrasi dan penerangan pada malam itu.

Antara ahli PSSCMUTP yang terlibat pada malam tersebut.

Seramai 15 orang ahli PSSCMUTP telah mengambil bahagian dalam demonstrasi pada malam tersebut dan sambutan dari pada para penonton amat menggalakkan terutamanya di kalangan pelajar perempuan. Penonton dipersembahkan dengan berbagai adegan sewaktu demonstrasi berlangsung. 

En. Mohamad Hafiz b. Mohamad Fadzil sedang memberikan penerangan mengenai PSSCM.


Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Hafiz Bin Mohamad Fadzil selaku Ketua Penerangan PSSCM Cawangan Perak kerana sudi menjadi pegawai penerangan pada malam tersebut dan tidak lupa juga kepada skuad demonstrasi serta AJK penggerak  kerana telah bertungkus-lumus menjayakan malam demonstrasi dan penerangan. Alhamdu lillah.