EXPLORACE DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIFITRI GURU UTAMA DAN PRESIDEN BERSAMA AHLI-AHLI PSSCM 2016 PERINGAKAT
KEBANGSAAN
Pada tanggal 23 Julai 2016
bersamaan 18 Syawal 1437H yang lalu, Persatuan Seni
Silat Cekak Malaysia telah mengadakan Program
Explorace Cekak dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Guru Utama dan Presiden Bersama
Ahli-ahli PSSCM 2016 peringkat Kebangsaan bertempat di Dewan Bandaraya
Ipoh. Program Explorace Cekak ini telah berjaya mendapat banyak tajaan daripada
syarikat-syarikat dan badan organisasi terkemuka seperti MAROZ, Insepro, Metro
dan Tourism Malysia. Cawangan Perak telah menghantar dua kumpulan iaitu dari
Kolej Universiti Islam Kuala Kangsar
dan Politeknik Ungko Omar untuk menyertai program tersebut.
Aktiviti tersebut bermula pada pagi 23 Julai 2016 di mana
peserta-peserta Explorace Cekak memulakan ekspedisi mereka menyelesaikan setiap
cabaran yang diberi. Manakala Majlis Sambutan Aidilfitri diteruskan
pada sebelah malam dimana ahli-ahli PSSCM disajikan dengan pelbagai juadah yang
menyelerakan daripada setiap cawangan.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara
langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini . Tidak lupa juga
kepada barisan AJK Cawangan, Tenaga Pengajar, Ahli Tamat & Ahli-ahli PSSCM
yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung serta memberikan 100%
sokongan kepada Cawangan Perak untuk menjadi tuan rumah bagi program Explorace Cekak dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk kali ini. Tanpa penyatuan kita semua,
tidak mungkin kejayaan yang manis itu dapat kita kecapi.