12 Rabiulawal merupakan tarikh yang istimewa bagi umat Islam. Tarikh di mana rahmat teragung diberikan Allah S.W.T kepada seluruh umat Islam, iaitu tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kedatangannya ditunggu-tunggu dalam menyatu-padukan kembali umat Islam yang semakin menurun akhlaknya ketika itu. Atas jasa dan pengorbanan Baginda, serta rasa untuk menyemaikan rasa cinta dan rindu kepada Baginda, wajarlah kita sebagai umatnya berselawat dan memuji-muji Nabi Muhammad S.A.W. Majlis berselawat, berzanji, marhaban adalah alternatif yang sesuai dalam usaha untuk mengingati Baginda.
Pada tahun ini, sambutan Maulidur Rasul PSSCM begitu istimewa sekali. Sambutan pada tahun ini melibatkan semua Cawangan PSSCM seluruh negara, berbanding tahun-tahun sebelum ini yang melibatkan sambutan di peringkat cawangan sahaja. Istimewanya pada tahun ini, PSSCM telah mempunyai dewan yang tersendiri, setelah mempunyai bangunan yang tersendiri, setelah 48 tahun dilahirkan ke alam nyata. Dewan ini yang dinamakan Dewan Datuk Haji Maideen, sempena YM Guru Utama PSSCM, menjadi lambang atas kejayaan PSSCM dalam usaha untuk memartabatkan bangsa Melayu.
Perhimpunan Siap Siaga telah diwar-warkan di kaca televisyen menerusi slot Malaysia Hari Ini di TV3. Laporan mengenai program itu boleh dibaca di sini. Tidak dilupakan juga juga doa dan harapan untuk rakyat Palestin, yang boleh dibaca di link ini.
Tarikh 12 Rabiulawwal 1434
bersamaan dengan 24 Januari 2013 merupakan tarikh yang bersejarah bagi semua
ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia menyambut Maulidur Rasul dan
menghadiri Perhimpunan Siap Siaga serta menyaksikan perasmian Dewan Datuk Haji
Maideen yang telah berlangsung di Dewan Datuk Haji Maideen di Seremban , Negeri
Sembilan. Majlis yang julung kali diadakan itu merupakan wadah bagi mengeratkan
ikatan silaturahim diantara ahli-ahli Silat Cekak selari dengan slogan PSSCM ,
Bersama dan Bersatu.
Tepat jam 8 pagi, telah
berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Dewan Datuk Haji Maideen.
Majlis tersebut telah diadakan tidak lain tidak bukan bagi membangkitkan rasa
cinta kepada Rasulullah S.A.W., seorang kekasih Allah SWT yang telah berjuang
menegakkan agama Islam ke seluruh dunia. Majlis tersebut berlangsung dengan
berzanji , berselawat serta ceramah.
Pada jam 2 petang,pula telah
berlangsung Perhimpunan Siap Siaga serta Majlis perasmian Dewan Datuk Haji
Maideen. Turut hadir ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, YB
Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim serta Ketua Setiausaha kementerian , Datuk Seri
Kamaruddin Siaraf. Majlis berlangsung dengan ucapan dasar daripada YM Guru
Utama PSSCM , Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah diikuti dengan penyampaian
ucapan perasmian oleh YB Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim dengan lantang dan
penuh bersemangat. Dalam ucapan perasmian itu , YB Menteri telah menjanjikan
sumbangan dari KPKK kepada PSSCM sebanyak RM 500 000. YB Menteri juga telah menyerahkan15 unit netbook
1Malaysia kepada ketua-ketua cawangan negeri diikuti dengan penyerahan cek
bantuan pentadbiran sebanyak RM 30 000. Dewan Datuk Haji Maideen dirasmikan
dengan paluan gong oleh YB Menteri serta pemotongan riben pelan pembangunan
fasa 2 Kompleks PSSCM.
Beberapa ahli PSSCM UTP ketika hari kejadian |
Sementara menunggu ketibaan VIP |
Dianggarkan seramai 2500 ahli PSSCM dari seluruh negara
telah hadir dalam majlis yang telah berlangsung dari pagi hingga petang itu.
Majlis tersebut juga menunjukkan bahawa PSSCM telah berjaya mengorak langkah ke
satu tahap yang lebih tinggi serta memperlihatkan bahawa usaha-usaha yang telah
dilakukan oleh ahlinya bagi memartabatkan seni silat cekak bukanlah usaha yang
sia-sia. Semoga kejayaan demi kejayaan bakal dikecapi oleh PSSCM bagi
memartabatkan seni silat cekak setaraf dengan seni mempertahankan diri
antarabagsa yang lain.
Bergambar kenangan di pentas utama |
Berikut adalah laman web rasmi memaparkan laporan mengenai program tersebut.
1. Laman web rasmi PSSCM
http://www.silatcekak.org.my/index.php/informasi/terkini/255-lebih-2500-ahli-jayakan-himpunan-siap-siaga-psscm.html
2. Portal Rasmi Kementerian Penerangan
http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=6141%3A2013-01-25-01-10-21&catid=16%3Acover-flow&lang=bm
3. Laporan berita di RTM TV1
http://www.youtube.com/watch?v=PGIExTjKz34&feature=youtu.be
4. Malaysia Hari Ini 25 jan 2013 - Himpunan Siap Siaga PSSCM
http://www.youtube.com/watch?v=Gx3HdB_F2ws&feature=youtu.be
5. Laporan berita daripada Bernama
http://www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=924046