Majlis Makan Malam dan Penghargaan Semester Januari 2011

Pada 22 April 2011 yang lepas, PSSCM UTP telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Penghargaan bagi semester Januari 2011 di perkarangan Pocket D, UTP. Tujuan utama majlis makan malam ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada ahli-ahli PSSCM UTP yang akan menamatkan pengajian mereka di UTP ini disamping mengeratkan hubungan antara ahli-ahli PSSCM UTP yang lain. Selain itu, majlis makan malam ini juga diadakan bagi meraikan kenaikkan pangkat Penasihat 1 PSSCM UTP, iaitu Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom. Beliau dinaikkan pangkat kepada Timbalan Naib Canselor. Majlis makan malam ini juga turut meraikan Penasihat 2 PSSCM UTP, Puan Noor Hazrin Hany binti Mohamad Hanif yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kedoktoran (PhD). Majlis makan malam ini dirasmikan oleh Penasihat 1 PSSCM UTP, Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom. Dianggarkan seramai 100 orang ahli yang hadir pada majlis makan malam tersebut. Ini termasuk ahli dari PSSCM UiTM Sri Iskandar, Poli Teknik Ungku Omar, dan Kelas Latihan Ipoh. Antara tetamu kehormat yang datang pada majlis makan malam ini ialah Encik Abdul Halim bin Saad, iaitu penyelia kelas latihan UTP.





Ujian Sijil Rendah PSSCM Kelas Latihan Ibu Pejabat Negeri Perak kali ke-2

Pada 1 dan 2 April 2011, telah dilaksanakan Ujian Sijil Rendah PSSCM Kelas Latihan Ibu Pejabat Negeri Perak di Universiti Teknologi PETRONAS. Beberapa orang pelajar UTP telah menyertai ujian tersebut. Mereka ialah Muhammad Syafiq Afandi, Muhammad Syamim, Muhammad Haidir, Mohd Azhan, Hanis Syafiqah Izzatie (Fifie), Safwan Salam, dan Muhammad Zakirin (Zack). Ujian teori telah diadakan di Test Room Blcok N pada 1 April 2011 jam 9 malam. Keesokkannya pada 2 April 2011, diadakn ujian praktikal bertempat di dewan badminton UTP. Ujian Sijil Rendah ini juga turut disertai oleh ahli-ahli dari beberapa kelas latihan PSSCM iaitu dari kelas latihan UiTM Perak, kelas Changkat Lada, kelas latihan Ipoh, kelas latihan SMK Taman Jati, kelas latihan Politeknik Ungku Omar, dan kelas latihan KISDAR. Ujian sijil ini telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama ahli-ahli PSSCM dari seluruh  cawangan Perak. Program itu juga turut dihadiri oleh ahli-ahli PSSCM dari zon utara dan Ibu Pejabat. Diharapkan aktiviti seumpama ini akan merapatkan hubungan antara ahli-ahli PSSCM dari seluruh Negara.




Peserta USR dari UTP

Sambutan Hari Lahir

Pada 30 Mac yang lepas iaitu pada hari Rabu, satu jamuan ringan telah diadakan bersempena menyambut hari lahir untuk ahli-ahli yang dilahirkan pada bulan Mac. Jamuan ini telah diadakan selepas tamat kelas latihan di Bilik Wajadiri. Antara menunya ialah bihun dan sebiji kek coklat. Aktiviti ini diadakan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk merapatkan hubungan antara ahli-ahli PSSCMUTP. Waktu inilah waktu yang sesuai untuk ahli-ahli bersuai kenal dengan lebih rapat lagi antara mereka. Hal ini kerana susah untuk ahli-ahli berkumpul bersama-sama kerana kekangan waktu dan kerja. Jadi, sambutan hari lahir seperti ini akan diteruskan untuk masa yang akan datang. Diharapkan agar hubungan ahli-ahli akan lebih rapat lagi dan akrab.