Majlis Makan Malam 'UKK' Aje


5 April 2013, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi Petronas (PSSCM UTP)  telah menganjurkan program yang diberi nama sebagai Malam UKK Aje. Majlis makan malam kali ini adalah berkonsep santai dan julung-julung kalinya diadakan dengan bertemakan ‘Retro’. UKK adalah satu singkatan nama bagi ‘Untuk Kite-Kite’. Program ini bukan sahaja disertai oleh ahli PSSCM UTP malah turut disertai oleh ahli daripada PSSCM UiTM Seri Iskandar.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan ahli-ahli yang telah bertungkus-lumus menjayakan program dari awal semester dan meraikan hari lahir ahli-ahli daripada bulan Januari hingga April. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meraikan ahli-ahli daripada kelas latihan UTP 27 yang baru mendapat keputusan SPM yang cemerlang baru-baru ini.

Program yang bertempat di Pavillion UTP ini bermula daripada pukul 9 malam sehingga pukul 12 tengah malam. Ahli PSSCM daripada UTP telah bertungkus-lumus menyediakan keperluan program ini sejak dari pukul 4.30 petang lagi di tempat kejadian. Hasil mesyuarat daripada Barisan Exco PSSCM UTP untuk melantik Tenaga Pengajar (TP) dari PSSCM UTP untuk menguruskan program ini telah membuatkan program kali ini lebih istimewa.

Bermulanya pada pukul 9 malam itu, program yang bertemakan retro ‘ala-ala 60-an’ ini dimulakan dengan pendaftaran peserta dan mengambil gambar untuk di undi sebagai ‘orang paling hot’. Kemudian program di teruskan dengan jamuan makan yang disertai dengan bacaan doa makan daripada ahli PSSCM UTP sendiri. Majlis yang santai ini juga disertakan dengan persembahan daripada ahli tamat PSSCM UTP dan ahli sedang belajar iaitu UTP 25. Lawak jenaka daripada pengurusi majlis iaitu saudara Muhammad Khairi Bin Raslim ternyata menceriakan suasana pada malam program tersebut. Program diakhiri dengan acara ‘tukar hadiah’ di mana peserta program haruslah membawa hadiah masing-masing untuk ditukarkan dengan orang lain secara undian.

Program ini sendiri telah meninggalkan pelbagai kenangan manis kepada peserta yang mengikuti program ini. Suasana yang santai dan ditemani dengan hembusan angin malam daripada tasik UTP ternyata melegakan dan menenangkan kepada yang hadir . Semoga ikatan persahabatan antara ahli PSSCM akan terjalin lebih erat lagi dengan program-program seperti ini seiring dengan konsep ‘Bersama dan Bersatu’ yang dibawa oleh Y.M. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah kita. Penghargaan tidak terhingga diucapkan kepada AJK Penggerak program majlis makan malam kali ini dan semua yang hadir dan membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Berikut adalah beberapa gambar sepangjang aktiviti berlangsung.


Para peserta sedang mengambil makanan

Jemput makan semua.
Para pemenang anugerah khas pada malam tersebut

Selamat Hari Lahir!

Antara persembahan yang diadakan

Sesi bergmabar beramai-ramai


0 komen: