Kelas terakhir PSSCM UTP pada semester Januari 2013 adalah pada 17 April 2013, iaitu seminggu sebelum bermulanya
'study week'. Berikut adalah beberapa gambar menunjukkan suasana kelas terakhir PSSCM UTP.
 |
UTP 27 sedang melakukan latihan |
 |
Tenaga Pengajar UTP 26, Muhammad Azfar sedang memberikan tunjuk ajar kepada pelatih |
 |
Latihan buah jatuh oleh UTP 25 |
Sebelum kelas ditangguhkan, ucapan ringkas diberikan oleh Penyelia PSSCM UTP, Encik Abdul Halim Bin Saad. Seterusnya, semua kelas latihan pada malam tersebut ditangguhkan serentak ke semester hadapan. Sesi bergambar seterusnya dilakukan, sebagai tradisi bagi mengakhiri kelas latihan terakhir pada semester kali ini.
 |
Kelas Latihan UTP 27 |
 |
Kelas Latihan UTP 26 |
 |
Kelas Latihan UTP 25 |
 |
Ahli Tamat PSSCM UTP |
 |
Sesi bergambar beramai-ramai |
Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang telah membantu menjadikan kelas latihan PSSCM UTP pada semester kali ini berlangsung dengan jayanya.
0 komen:
Post a Comment