Bersempena dengan
kemunculan minggu peperiksaan akhir semester Januari 2013 yang semakin hampir,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi PETRONAS (PSSCM UTP)
telah mengadakan majlis Solat Hajat dan Yasin Hajat pada 18 April 2013. Tujuan
program ini diadakan adalah untuk memohon kejayaan yang cemerlang, di samping kesihatan yang baik dan akal yang sihat untuk
ahli-ahli persatuan mengahadapi peperiksaan akhir semester kali ini.
 |
Antara ahli yang hadir |
Hampir 30
orang ahli PSSCM UTP dan beberapa ahli daripada PSSCM UiTM, termasuk wakil daripada AJK PSSCM Cawangan Perak, saudara Muhammad Syahmi Bin Hamizol, selaku AJK Pembangunan Insan, telah
hadir di masjid lama bagi mengimarahkan majlis tersebut. Majlis telah dimulakan
dengan solat sunat hajat yang diimamkan oleh saudara Muhammad Afdhaludden Bin Azmi. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin Hajat yang di ketuai oleh
saudara Muhammad Khairi Bin Roslim.
 |
Keitka bacaan doa |
Sebelum majlis
ditutup, saudara Fakhrul selaku Presiden PSSCM UTP telah memberikan sedikit
ucapan dan kata-kata semangat kepada ahli bersermpena pepriksaan akhir semester yang bakal tiba. Majlis diakhiri dengan selawat dan sedikit jamuan.
 |
Ucapan daripada Presiden PSSCM UTP, saudara Nor Fakhrul Bin Mohd Noor |
 |
Para ahli sedang menikmati jamuan ringan yang disediakan |
0 komen:
Post a Comment