Majlis Konvokesyen PSSCM Zon Utara pada tahun 2012 telah berlangsung di Universiti Teknologi Petronas pada tanggal 15 Disember 2012 bersamaan 1 Safar 1434H. Majlis tersebut bertempat di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas, iaitu dewan yang sama yang digunakan pada Sambutan Hari Tenaga Pengajar 1433H, pada tahun 2011 dan telah dirasmikan oleh YM Guru Utama PSSCM, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah.
Istiadat Penyampaian Sijil Silat Cekak berlangsung pada sesi pagi. Seramai 17 ahli PSSCM UTP menerima Sijil Rendah dan dua daripadanya adalah penerima Sijil (Kepujian). Mereka adalah Mohamad Khairul Zulfadly Bin Mohd Izham, daripada kelas UTP 20 dan Nur Asiah Binti Mohd Fauzi, daripada kelas UTP 23. Sesi pagi berlangsung dengan penuh istiadat sama seperti majlis konvekesyen universiti lain di seluruh dunia. Ini menunjukkan kejayaan dan standard yang telah dicapai PSSCM sepanjang 47 tahun dilahirkan ke alam nyata.
Sebahagian daripada penerima sijil daripada PSSCM UTP. Tahniah diucapkan.
Sesi petang diteruskan lagi dengan Seminar Silat Cekak Dalam Transformasi Pendidikan Negara. Panel seminar tersebut terdiri daripada individu-individu yang arif dan berpengalaman luas dalam tajuk seminar tersebut. Panel pertama adalah Tuan Hj. Mohamad Noor Rosli B. Baharom, Timabalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, merangkap Penasihat 1 PSSCM UTP. Panel kedua adalah Dr. Roziah Bt. Abdullah, dan panel ketiga adalah Prof. Madya. Ar. Dr. Hj. Abdul Majid B. Ismail, Naib Presiden PSSCM.
Ucapan tahniah ditujukan kepada mereka yang telah berjaya melepasi ujian sijil rendah PSSCM pada tahun 2012. Perjalanan mereka boleh dibaca di sini.. AJK Penggerak telah melaksanakan tugas dengan baik sepanjang program. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua individu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Laporan penuh boleh didapati di sini:
0 komen:
Post a Comment