Kelas Terakhir Semester September 2011

Sesudah berlatih sepanjang semester September 2011, 28 Disember 2011 merupakan tarikh dimana kelas terakhir bagi semester tersebut telah diadakan. Selepas ini, ahli-ahli UTP 23 dan UTP 24 akan menduduki peperiksaan akhir semester. Jangan risau sangat adik-adik. Anda semua pasti menjawab dengan baik.
Abang Daus dan Abang Pali bersama adinda-adindanya...

Akak-akak TP yang sedang cuba membuat aksi cumil...(sory to say, tak berapa menjadi)

Rilekla kak..jangan sedih sangat..semester depan dapat jumpa adik-adik lagi..

Bincang strategi bola ke ape ni? (Izzat Manaf cuba menenangkan Arif Nazmi)

Abg Daus bermesra dengan Adik Naqib.. (Lain macam)

Bincang tentang buah silat ke..?

Moga kemesraan antara kakak-kakak dan adik-adik terus terjalin hingga ke akhir hayat..

Penyelia Kelas UTP memberikan nasihat dan pesanan buat Ahli PSSCM UTP. Semoga apa yang disampaikan oleh penyelia kita, En. Abdul Halim bin Saad dapat kita jadikan sandaran pada masa-masa akan datang..Insya-Allah..

Khusyuk adik-adik ni mendengar ucapan dari penyelia...

Presiden PSSCM UTP, Saudara Nor Fakhrul bin Mohd Noor menerima surat lantikan sebagai Tenaga Pengajar bagi sesi setahun yang mendatang. Inilah individu penting yang banyak menggerakkan segala perancangan persatuan. Semoga pentadbiran beliau selaku Presiden akan terus mencapai kejayaan di bumi UTP ini.. Amiiinnn..
(Nama glamor beliau adalah Chow)

Gambar ramai-ramai selepas kelas..(janganla control sangat..relax sudeyh..)

Haaa...dah lame pendam nak buat gaya macam ni la tu..

Barisan Tenaga Pengajar PSSCM UTP dan Penyelia UTP...
Berdiri barisan belakang : Abg Daus, Abg Hazeeq, Abg Azfar, Abg Syahmi, Abg Khairi, Abg Afdhal & Abg Akiri
Duduk ditengah : Abg Azuwan, Abg Halim (Penyelia), Abg Fakhrul (Chow) & Abg Farid
Duduk dihadapan : Kak Emalisa, Kak Sabrina, Kak Faizzen & Kak Shameen

Tenaga pengajar yang akan menamatkan pengajian..
Selamat berjaya pada Abg Akiri, Abg Syahmi & Abg Khairi.

Kenape berebut pisau ni..kan pisau demo ade banyak..ambil sorang satu..

Menjamu selera..Durian pun ade tau..
(ade brader tu kereta die bau durian..sembur fabreeze banyak-banyakla bro)



1 komen:

fishies said...

makan durin!
shedapnyer!!
=.=