Majlis Makan Malam dan Penghargaan Semester Januari 2012


Assalamualaikum w.b.t. 

     Alhamdu Lillah, pada tanggal 28 April 2012 yang lepas, PSSCM UTP telah berjaya mengadakan aktiviti tahunan kami iaitu Majlis Makan Malam dan Penghargaan Semester Januari 2012 dengan jayanya. Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan khususnya kepada skuad Karnival Wajadiri (KWD) IPT PSSCM UTP 2012 atas kejayaan mereka muncul sebagai juara keseluruhan bagi skuad lelaki, dan naib juara keseluruhan bagi skuad wanita, baru-baru ini. Majlis bertempat di Pocket D, UTP dan melibatkan seluruh ahli daripada PSSCM UTP khasnya, dan ahli daripada PSSCM Cawangan Perak (Baru) amnya.

     Tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Teknologi Petronas, Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Bin Baharom, selaku Penasihat 1 PSSCM UTP. Antara tetamu lain yang hadir adalah wakil dari PSSCM Cawangan Perak (Baru). Mereka adalah, Mohd Zabidi Azizi Bin Abu Kassim, Bendahari PSSCM Cawangan Perak (Baru) , En. Mohd Faiz Bin Rosli, Penolong Setiausaha 2 dan juga Mohd Kassim Bin Abdul Kadir, Ahli Jawatankuasa PSSCM Cawangan Perak (Baru).

Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Bin Baharom ketika memberikan ucapan beliau.

   
     Acara bermula seawal jam 8.30 malam selepas ketibaan tetamu kehormat dan berlansung dengan jayanya sehingga ke akhir. Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Bin Baharom, Penasihat 1 PSSCM UTP adalah antara tetamu kehormat yang dijemput untuk memberikan ucapan pada majlis tersebut. Majlis ini sedikit sebanyak telah menjadi kayu pengukur kepada pembangunan dan perkembangan PSSCM UTP, sejak penubuhannya pada tahun 1999.

     Kepada semua AJK dan mereka yang terlibat, sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada anda semua diatas penat lelah dan usaha anda. Semoga ALLAH memberkati semua usaha kita, Amiiin. Berikut adalah beberapa foto yang sempat diambil sepanjang majlis :





Tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis


 Wakil jemputan daripada Badan Pelajar di UTP, yang banyak membantu PSSCM UTP dalam menjayakan aktiviti persatuan selama ini


Ahli-ahli PSSCM UTP sedang menjamu selera


Antara adik-adik UTP 25 yang turut hadir sedang menikmati juadah yang disediakan
Skuad KWD PSSCM UTP 2012 bergambar bersama tetamu kehormat


Presiden PSSCM UTP kini(dua dari kiri), saudara Nor Fakhrul Bin Mohd Noor bergambar bersama YDP PSSCM IPT Perak


Ahli PSSCM UTP yang akan menjalani latihan industri. Selamat maju jaya diucapkan.


Barisan adik-adik daripada kelas latihan UTP 25, bergambar bersama tenaga pengajar


Sesi bergambar bersama tetamu kehormat dan tetamu jemputan. Hidup Cekak!


     Adalah diharapkan hubungan yang terbina di kalangan ahli-ahli PSSCM UTP sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti persatuan sepanjang semester ini akan terus berkekalan. Semoga PSSCM UTP akan terus cemerlang dalam usahanya melahirkan mahasiswa berjiwa panglima, yang akan bersatu untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara pada masa hadapan.








"Kita bawa dua, satu Melayu satu Islam. Kalau tumbang satu, yang satu lagi jangan bagi tumbang. Kat negara kita, tak da Melayu, tak da Islam."
- Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Bin Baharom, Timbalan Naib Canselor UTP.
Majlis Makan Malam & Penghargaan PSSCM UTP Semester Januari 2012









Program Interaksi PSSCM UTP kali ke-20

Assalamualaikum W.B.T
Apa khabar semua? Diharapkan sehat-sehat sahaja terutamanya kepada AJK-AJK Program Interaksi PSSCM UTP kali ke-20. Pelbagai dugaan dan rintangan telah dilalui dan akhirnya program ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Rata-rata peserta Interaksi bertolak ke Joy Chalet, Changkat Chermin pada hari Jumaat jam 3 petang. Para peserta pergi ke sana dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak UTP. 


Kumpul di kafe V2 pada jam 3 petang. Hepi nampak...


Saudara Pengarah kita iaitu Azfar nampak tenang dalam mengendalikan program interaksi kali ini.
Syabas tuan pengarah. Lain kali boleh jadi pengarah lagi.


Keadaan awan ketika dalam perjalanan ke Joy Chalet. Nampak gelap aje...


Seronoknye dapat makan biskut...
(telan je la Pali..nak tengok ape lagi..)



Amboi...dah macam iklan biskut..


Buah markisa dihadapan bilik 14...bilik yang sering mengadakan aktiviti tahlil...


Para AJK sedang menjalankan tugas...



Taklimat keselamatan daripada saudara Azim yang bertanggungjawab
 dalam menjaga keselamatan semua peserta.


Taklimat yang sempurna daripada Azim...


Aktiviti membuat struktur yang paling tinggi dan kukuh dengan hanya menggunakan lidi, kertas surat khabar, getah dan pita selefon...


Ini pula aktiviti tulis lirik..kreatif ahli-ahli kita ni tulis lagu..


Kenal ini siapa? Inilah antara lagenda handalan PSSCM UTP iaitu 
saudara Nazmi atau lebih mesra dengan panggilan
Abang Kord.Beliau merupakan mantan Ketua Penerangan PSSCM UTP bagi sesi 2009/2010




Seorang lagi lagenda handalan PSSCM UTP iaitu saudara Saiful atau lebih dikenali dengan nama
Abang Rambo. Beliau merupakan mantan Presiden PSSCM UTP bagi sesi 2009/2010.


Seorang lagi lagenda handalan PSSCM UTP iaitu Abang Fahmi. Beliau pula merupakan mantan
 Ketua Unit Ahli Tamat PSSCM UTP pada sesi 2009/2010.

Ketiga-tiga alumni tersebut telah hadir menyertai program interaksi PSSCM UTP. Ketiga-tiga mereka juga hadir daripada Kuala Lumpur. Kehadiran mereka telah banyak membantu dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh para AJK. Buat julung kalinya, aktiviti yang dapat kita saksikan seperti diatas merupakan aktiviti sesi perkongsian dengan alumni. Pelbagai pengalaman yang mereka lalui telah diceritakan kepada para peserta. Buat makluman semua, ketiga-tiga abang-abang kita ini sudah berkerjaya tetapi tidak pernah melupakan PSSCM UTP. Terima kasih diatas segala budi dan bakti yang telah anda curahkan kepada PSSCM UTP dan 'adik-adik' anda. Kami amat menghargainya.



Dan....hari terakhir program interaksi pun sudah tiba...sob3x..sedih...

Akan tetapi, sebelum balik kita telah menjemput YDP Seberang Perai iaitu Ustaz Syahril bin Shaharom sebagai perasmi kita pada pagi tersebut. Ternyata Ustaz Syahril sememangnya orang yang banyak pengalaman. Beliau berkongsi tentang kehidupan beliau sebagai pelajar di UIA dan juga ahli Silat Cekak. Beliau juga banyak menceritakan tentang pengalaman beliau bersama guru-guru Silat Cekak iaitu YM Almarhum Tuan Haji Ishak bin Itam dan juga YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah. Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada Encik Shahril kerana sudi datang dari jauh iaitu dari penang ke Joy Chalet, Changkat Chermin sempena menjadi perasmi kepada program ini. Dengar cerita sampai sesat di Ipoh beliau ketika dalam perjalanan ke sini.


Interaksi dah habis..........

Diharapkan sahabat-sahabat semua dapat belajar tentang pelbagai benda sewaktu program berjalan dan dapat kita aplikasikan segala nilai murni yang telah kita pelajari sepanjang program. Segala yang buruk itu jadikan pengajaran dan sempadan manakala yang baik itu jadikanlah ia contoh dan tauladan.

Sekian, terima kasih...

Wassalam...