Selamat Maju Jaya


                                                   (Hazeeq, Diyana, Shameen & Sholleh)

       
Selamat maju jaya!!! Ucapan ini ditujukan khas kepada saudara Sholleh Cahyoadi dan juga saudari Siti Nor Diyana yang akan menamatkan pengajian mereka di Universiti Teknologi PETRONAS. Semester Januari 2011 iaitu semester ini merupakan semester terakhir bagi mereka di sini sebagai pelajar yang mengambil ijazah. Untuk makluman, saudara Sholleh mengambil jurusan kejuruteraan elektrik & elektronik manakala saudari Diyana mengambil jurusan Teknologi Maklumat (IT). Kedua-dua mereka juga merupakan Tenaga Pengajar Silat Cekak Malaysia di UiTM Seri Iskandar. Mereka berdua merupakan insan yang telah banyak berjasa dalam membangun, memajukan dan mengekalkan prestasi PSSCM UTP sepanjang mereka disini. Syabas, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada mereka. Semoga hari yang mendatang kita diberi keizinan untuk bertemu bersama saudara Sholleh dan saudari Diyana.

-Adik-adik di UiTM akan merindui Abg Sholleh dan Kak Diyana :-)

Majlis Makan Malam dan Penghargaan Semester Januari 2011

Pada 22 April 2011 yang lepas, PSSCM UTP telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Penghargaan bagi semester Januari 2011 di perkarangan Pocket D, UTP. Tujuan utama majlis makan malam ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada ahli-ahli PSSCM UTP yang akan menamatkan pengajian mereka di UTP ini disamping mengeratkan hubungan antara ahli-ahli PSSCM UTP yang lain. Selain itu, majlis makan malam ini juga diadakan bagi meraikan kenaikkan pangkat Penasihat 1 PSSCM UTP, iaitu Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom. Beliau dinaikkan pangkat kepada Timbalan Naib Canselor. Majlis makan malam ini juga turut meraikan Penasihat 2 PSSCM UTP, Puan Noor Hazrin Hany binti Mohamad Hanif yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kedoktoran (PhD). Majlis makan malam ini dirasmikan oleh Penasihat 1 PSSCM UTP, Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom. Dianggarkan seramai 100 orang ahli yang hadir pada majlis makan malam tersebut. Ini termasuk ahli dari PSSCM UiTM Sri Iskandar, Poli Teknik Ungku Omar, dan Kelas Latihan Ipoh. Antara tetamu kehormat yang datang pada majlis makan malam ini ialah Encik Abdul Halim bin Saad, iaitu penyelia kelas latihan UTP.





Ujian Sijil Rendah PSSCM Kelas Latihan Ibu Pejabat Negeri Perak kali ke-2

Pada 1 dan 2 April 2011, telah dilaksanakan Ujian Sijil Rendah PSSCM Kelas Latihan Ibu Pejabat Negeri Perak di Universiti Teknologi PETRONAS. Beberapa orang pelajar UTP telah menyertai ujian tersebut. Mereka ialah Muhammad Syafiq Afandi, Muhammad Syamim, Muhammad Haidir, Mohd Azhan, Hanis Syafiqah Izzatie (Fifie), Safwan Salam, dan Muhammad Zakirin (Zack). Ujian teori telah diadakan di Test Room Blcok N pada 1 April 2011 jam 9 malam. Keesokkannya pada 2 April 2011, diadakn ujian praktikal bertempat di dewan badminton UTP. Ujian Sijil Rendah ini juga turut disertai oleh ahli-ahli dari beberapa kelas latihan PSSCM iaitu dari kelas latihan UiTM Perak, kelas Changkat Lada, kelas latihan Ipoh, kelas latihan SMK Taman Jati, kelas latihan Politeknik Ungku Omar, dan kelas latihan KISDAR. Ujian sijil ini telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama ahli-ahli PSSCM dari seluruh  cawangan Perak. Program itu juga turut dihadiri oleh ahli-ahli PSSCM dari zon utara dan Ibu Pejabat. Diharapkan aktiviti seumpama ini akan merapatkan hubungan antara ahli-ahli PSSCM dari seluruh Negara.




Peserta USR dari UTP